Insan Muslimin, Pengurus Besar Mizume Tours & Travel SB
KOTA KINABALU : Restoran dan Rekriasi Terapung, Pontoon Borneo Reff bakal beroperasi sepenuhnya mulai 1hb Oktober ini setelah melepasi proses pembaikpulihan dan penaiktarafan untuk lebih kondusif dan selesa.
Pengurus Besar Mizume Tours & Travel SB, Insan Muslimin berkata, proses pembaikpulihan tersebut juga lebih menitikberatkan aspek keselamatan dan prosedur am bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung khususnya para pelancong asing.
“Pontoon ini mengalami kerosakan sedikit dan tenggelam pada tengah malam Jumaat 13 September lalu akibat di landa gelora ribut monsun yang melanda dan pihak kami di Borneo Reef mengambil masa seminggu untuk menaikkannya semula ke paras apungan air,” katanya kepada media di sini, semalam.
Pontoon Borneo Reef popular sebagai bot apungan dua tingkat yang menyediakan platform restoran dan rekriasi santai bagi pelancong-pelancong dalam dan luar negeri.

Pontoon Borneo Reef juga merupakan bot apungan kedua terbesar di dunia ini menyediakan banyak aktiviti riadah laut seperti aktiviti snokling, menyelam, jet ski, discover scuba, banana-boat dan sebagainya.
Pontoon Borneo Reef ini terletak di antara Pulau Gaya dan Pulau Sapi yang mana kedudukannya benar-benar pada aras Taman AquaMarin Negara (Tunku Abdul Rahman Park).
“Borneo Reef World ini berdaftar dengan Jabatan Laut Malaysia dan dimiliki oleh Dynamic Holiday Cruise SB manakala kami di Mizume Tours & Travel menguruskan perjalanan operasinya bantuan pakar dari The Reef Watersports Sdn.Bhd.

Menurut Insan lagi,seperti sebelum ini, operasi berpakej untuk membawa pelancong atau pengunjung ke Pontoon ini akan berjalan seperti biasa mengikut jadual asal.
Bagaimanapun, katanya sebarang perubahan akan segera dimaklumkan dari semasa ke semasa untuk pengetahuan umum.


Mizume Tour & Travel SB yang bertanggungjawab menguruskan perjalanan para pengunjung ke Pontoon ini turut mengesahkan jadual asal yang digunapakai iaitu bermula di Terminal Jesselton Kota Kinabalu dalam tiga trip perjalanan iaitu jam 9 pagi, jam 9.30 pagi dan jam 10 pagi setiap hari manakala perjalanan pulang semula dari Pontoon ke Jeti Jesselton selewat-lewatnya jam 3 petang.
“Kita memiliki dapur dan tukang masak yang sememangnya berpengalaman luas dalam menyediakan sehingga lebih 10 menu atau resepi ala buffet setiap hari dan ianya sudah pasti Halal meskipun para pelancong yang datang bukan terdiri daripada orang-orang Islam.
Pontoon ini sangat popular bagi pelancong-pelancong dari Taiwan, China, Jepun dan Hong Kong dan ada juga sambutan dari masyarakat Malaysia dan Brunei,” jelas Insan lagi.
Menurut Insan, sememangnya Pontoon ini beroperasi hanya di sebelah siang sahaja tetapi boleh juga di tempah untuk majlis makan malam, perkahwinan dan sebagainya di sebelah malam dengan berhubung terus Mizume Tour & Travel di talian 088-250 141 untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut.

More Stories
Cuaca Sejuk dan Berangin Tidak Halang Sekumpulan Pendaki Tawan Gunung Kinabalu
RM71.3 bilion pendapatan dalam sektor pelancongan pada tahun 2023
Pelancongan luar bandar dijangka terus melonjak tahun hadapan