PPM TAWAU LAKSANAKAN OPS ANTARA AGENSI BERSAMA JABATAN IMIGRESEN

Pasukan operasi sedang memeriksa dokumen penumpang sebuah bot penambang

Oleh Faizal Rahman

TAWAU : Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau dan Jabatan Imigresen telah menjalankan  operasi antara agensi di kawasan Laut perairan Tawau dari Nov 14 hingga 18.   

Menurut Komander PPM Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Ali berkata, “sembilan pegawai dan anggota PPM bersama 7 pegawai serta anggota Imigresen telah terlibat dalam operasi bermuladari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dengan menggunakan dua buah botronda PPM.

Objektif utama operasi adalah bagi mengekang sebarang kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan kegiatan pemerdagangan manusia serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan pas dan imigresen, tambah Mohamad Pajeri.

“Dalam operasi tersebut sebanyak 2 buah feri pengangkutan dari Nunukan, Indonesia, 11 buah bot penambang serta 2 buah bot nelayan telah diperiksa di sekitar Laut Pelabuhan dan Laut CIQ lama.

Seramai 355 orang telah diperiksa dan hasil keseluruhan pemeriksaan tersebut mendapati kesemua penumpang, orang perseorangan, pemilik perahu dan juragan mempunyai dokumen lengkap dan beroperasi mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada,” katanya lagi.

Sepanjang operasi berjalan, pihak penguatkuasa tidak mengesan sebarang kesalahan dan tangkapan dilakukan. Pihak Polis Marin dan Imigresen akan meneruskan operasi ini, kata Mohamad Pajeri.

“Adalah amat penting kepada pihak kita khususnya PPM mengekang aktiviti penyeludupan manusia dan membanteras kemasukan pati sebagai usaha kita untuk menjaga keselamatan dan seterusnya mengharmonikan masyarakat yang sedia ada,” kata Mohamad Pajeri.