[ad_1]
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) — Umat Islam yang masih belum berzakat boleh menunaikannya di semua kaunter Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) sebelum 1 Jan depan bagi mendapatkan rebat cukai pendapatan 2019.
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Ahmad Shukri Yusoff berkata pihaknya mengambil inisiatif mengadakan program ‘Countdown YEZ’ (Year End Zakat), dengan melanjutkan tempoh operasi di 11 kaunter utamanya.
“Waktu operasi kaunter PPZ-MAIWP pada 26 sehingga 31 Dis ini bermula jam 8.15 pagi hingga 9 malam bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran,” katanya pada sidang media sempena program itu di sini hari ini.
Beliau berkata kaunter terlibat ialah Taman Shamelin Perkasa, Cheras; Wangsa Maju Seksyen 5; Masjid Negara; Anjung Niaga, Masjid Taman Tun Dr Ismail; Masjid Imam Al-Ghazali, Kepong; Masjid Abdul Rahman Auf, Jalan Puchong; Presint 9 dan 15, Putrajaya; Plaza RAH Jalan Raja Abdullah Kampung Baru; UTCKL Pudu Sentrak dan Labuan Times Square.
Ahmad Shukri berkata pembayaran juga boleh dibuat secara dalam talian di www.zakat.com.my dan perbankan internet serta kaunter bergerak
“Bagaimanapun, perkhidmatan khas pintu ke pintu melalui kaunter bergerak hanya bagi zakat RM5,000 ke atas akan dilaksanakan pada 31 Dis, beroperasi dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam di Shamelin Perkasa,” jelasnya.
Antara zakat harta yang boleh ditunaikan adalah zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat emas dan zakat saham.
— BERNAMA
.
…..
[ad_2]


More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ