KOTA KINABALU, 2 April — Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mencatatkan rekod kehadiran sempurna dalam 71 hari persidangan Dewan Rakyat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tuaran merupakan antara individu dengan rekod kehadiran terbaik dalam kalangan pemimpin tertinggi sebuah parti.
Menurut Madius, ini juga merupakan salah satu usaha yang menunjukkan perjuangan partinya dalam memastikan setiap isu-isu rakyat dan kemajuan diselesaikan dan dilaksanakan.
“Bagi saya datang ke Dewan Rakyat (Parlimen) sangat penting sebab setiap isu rakyat dapat didengari secara bersemuka dan jika ada persoalan saya boleh secara terus minta penjelasan. Saya juga mahu memastikan setiap pembangunan terutama di kawasan Tuaran mesti dibangkitkan dan seterusnya dapat meminta penjelasan status-status agar dapat direkodkan secara terus dalam Kementerian tertentu.
“Dewan Rakyat (Parlimen) ini nadi saya dan merupakan tempat paling tepat menyuarakan isu-isu rakyat dalam Sabah ataupun di kawasan Parlimen saya (Tuaran).
“Bagi saya lain orang lain caranya, lain tempat lain caranya. Saya pasti semua Ahli Parlimen mahu melihat kawasan yang dijaga dapat dimajukan dan Kerajaan memberi peruntukan sesebuah projek, juga harus diingat duit Malaysia adalah untuk semua, tiada isu sama mengenai peruntukkan melihat anda Kerajaan atau Pembangkang,” jelasnya menerusi satu kenyataan di akaun Facebooknya baru-baru ini.
Data itu dibekalkan oleh kumpulan masyarakat sivil MyMP yang menjejaki kehadiran dengan menganalisis Hansard Dewan Rakyat untuk lima persidangan lalu, iaitu sejak 26 Julai tahun lalu.
Secara purata, menurut MyMP, ahli parlimen menghadiri 56.5 daripada 71 hari. Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) mempunyai purata kadar kehadiran 63.1 hari, lebih baik daripada purata blok kerajaan iaitu 52 hari bagi setiap ahli parlimen.
Pada masa sama, mereka turut menegaskan bahawa di sana “terdapat beberapa orang wira sebenar” dalam kalangan ahli parlimen.
More Stories
Dari Dewan Rakyat, Suara Madius diangkat ke Dewan Negara
Dua tahun tiada pengambilan, Madius minta KPM luluskan semua permohonan kemasukan PISMP Bahasa Kadazandusun
Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sepanggar – Bulatan Berungis dijangka siap tahun 2025