KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) dilapor akan bertanding 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17), manakala baki 33 kerusi lagi diserahkan kepada Pakatan Harapan (PH).
Perkara itu disahkan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
Memetik laporan Berita Harian, Suhaimi berkata kedua-dua gabungan itu sudah ada persefahaman bagi memastikan tiada pertembungan kerusi pada PRN17 nanti.
“Kalau BN-PH, kita sudah ada persefahaman dan tak ada pelanggaran agihan kerusi dengan PH. Mereka juga bersetuju dengan kerusi yang kita mahu bertanding.
“Kita tanding 40 kerusi selebihnya (33 kerusi) adalah PH,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Sementara itu, Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata, BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berdepan isu pertembungan kerusi di semua kawasan jika kedua-duanya bekerjasama. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ