KOTA KINABALU: Produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sabah kini boleh dipamerkan dan dipromosi di pusat bandaraya.
Kesemua produk-produk berkenaan boleh dipamerkan menerusi Pusat Penjualan dan Pameran PKS (Pusat Produk Terbaik Sabah).

Ianya terletak di tingkat bawah, Blok C, Wisma Tun Fuad Stephens, Karamunsing dan dilancarkan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, hari ini.
Pusat itu ketika ini memaparkan produk lebih 300 usahawan dan dijangka bakal berkembang.

Ada kira-kira 3,000 usahawan dalam sektor perkilangan termasuk industri berskala besar, sederhana, kecil dan desa di Sabah ketika ini.
Sempena pelancaran itu juga, seramai 150 usahawan dari seluruh negeri menyertai karnival dan mempamerkan lebih 500 jenis produk.

Sebelum itu, Madius turut mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa penyelarasan program Satu Daerah Satu Industri Kecil (OD1SI).

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ