Projek ECRL: kerajaan masih berunding dengan China

[ad_1]

PUTRAJAYA, 30 Jan (Bernama) — Kerajaan masih lagi berunding dengan China berhubung terma kontrak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) RM81 bilion, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

Beliau berkata Kabinet pada mesyuarat hari ini telah membincangkan isu ECRL dan membuat keputusan untuk menerima pakai kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ia akan dirundingkan dengan mengambil kira sensitiviti kontrak itu.

“Kami patut membenarkan rundingan diadakan yang kini akan diadakan antara kerajaan dengan kerajaan, dan jauh daripada tumpuan awam. Saya menggesa pihak media untuk menunggu kenyataan rasmi dikeluarkan kerajaan Malaysia apabila kami telah bersedia,” katanya.
…..



[ad_2]