PROJEK PEMBINAAN 150 RUMAH PENDUDUK DI GANA DITERUSKAN

Oleh Aisaac Bjsim

KOTA MARUDU: Projek  pembinaan fasa pertama  melibatkan 150 buah rumah  di skim GRID  Gana akan diteruskan  dan diberi suntikan  modal sebanyak RM 2.8 juta   daripada  Kementerian  Pembangunan  Luar Bandar  KPLB melalui FELCRA Berhad.

Pegawai Daerah Kota Marudu Arnold Joibi (gambar) berkata,  kerajaan telah memutuskan bahawa projek berkenaan perlu diteruskan  demi kelangsungan hidup penduduk disana.

Bagaimanapun katanya beliau sendiri akan menjadi pemantau dan penyelia projek berkenaan agar  ianya  berjalan lancar, katanya.

Arnold  ditemui media sejurus selepas  pada majlis  program latihan sehari bagi ketua ketua daerah, KAN, WKAN dan pemegang adat  di dewan komuniti  Kota Marudu, beliau  memaklumkan bahawa  projek tersebut perlu disiapkan  sebelum  hari Krismas tiba  iaitu penghujung bulan December.

Katanya, pada mesyuarat bersama pihak KPLB, FELCRA telah setuju Dan akan me mulakan kerja kerja semula pembinaan rumah penduduk yang terbengkali semenjak hampir tiga tahun.  

Pihak FELCRA Dan Syarikat kontraktor yang terlibat akan memulakan kerja seawal bulan hadapan Dan projek perlu Di siapkan sebelum hari Krismas tiba, ini bagi kemudahan penduduk yang kebanyakanya beragama Keristian dapat menyambut perayaan berkenan disambut lebih bermakna Dan hadiah sempena hari Krismas khasnya penduduk di Gana.

Katanya,  dengan  terlaksananya projek tersebut  membolehkan  para pemilik rumah  yang belum mendapat  rumah atau rumah  mereka belum  siapa   dapat tinggal  dengan lebih selesa dan selamat.

Pada awal bulan lalu  pihak media telah melaporkan bahawa   pihak Putra Jaya telah dimaklumkan masalah berhubung dengan  projek perumahan dibawa KPLB yang diterajui pihak FELCRA Berhad mengalami  masalah sehingga mengundang  perasaan tidak puasa hati dikalangan  penduduk disana.

Dalam Pada iitu  ketua kampung Gana K.K Dewien Aloi   ketika dihubungi  menyatakan rasa  bersyukur dan gembira dengan  keputusan yang disampaikan oleh Tuan Pegawai  Daerah itu.

“Sebelum itu pelbagai usaha dilakukan pihaknya  dalam menarik perhatian pihak berwajib agar segera menyambung  projek  berkenaan dimana  masih terdapat 300 buah rumah lagi yang  perlu dibaiki ataupun dibina semula”. Katanya.