KOTA KINABALAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Aru Datuk Junz Wong berkata sebanyak 2,000 pek bantuan makanan telah dihantar ke Pulau Gaya, dekat sini hari ini bagi meringankan beban akibat penularan COVID-19.
Beliau berkata dengan jumlah itu, kini sebanyak 3,800 pek bantuan telah diedarkan di kawasan Tanjung Aru setakat ini.
“1,500 pek makanan telah dihantar kepada penduduk Tanjung Aru pada hari Selasa dan Rabu. Pada hari Khamis, 300 keluarga di Sembulan Lama menerima bantuan mereka. Hari ini, 2,000 pek diihantar ke Pulau Gaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Junz yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata, beliau mahu memastikan setiap keluarga diberi bantuan.
“Saya ingin pastikan setiap keluarga menerima bantuan. Kawalan pergerakan ini mempunyai kesan kepada semua. Jadi saya harap saya mampu membantu di mana yang boleh.”
“Sekalung penghargaan kepada Pasaraya Chua Kah Seng, Bayu Aquaculture, Gayana Eco Resort dan Bunga Raya Island Resort and Spa kerana turut menyumbang kepada operasi ini,” katanaya.
Pada masa yang sama, Junz menasihati orang ramai agar terus bersabar dan bekerjasama untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
“Jangan panik kerana bekalan makanan adalah mencukupi. Pek-pek makanan in dihantar pintu ke pintu. Jika anda belum menerimanya, sila hubungi wakil yang telah dilantik iaitu 012-8663380 (Ketua Kampung Bentilan), Kampung Kesuapan (014-2816318), (Ketua Kampung Amir Hassim) Kampung Lokurai 018-8748817 (Ketua Kampung Eddy Kinsuih), Kampung Pulau Gaya Lobong, 0111-4131573 (Ketua Kampung Razak Yusom) Pulau Sepanggar: 013-8696159 (Azirudeen),” tambahnya./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ