Reka Bentuk Muka Sauk Kedua Siap, Muktamadkan Jumlah Peruntukan

PAPAR, SABAH – Reka bentuk projek muka sauk kedua loji rawatan air di Kampung Kabang yang siap dalam minggu ini, dijangka dapat memuktamadkan jumlah sebenar peruntukan.

Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali berkata reka bentuk hasil perbincangan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bersama Jetama Sdn Bhd serta konsultan perunding itu akan diangkat ke jemaah menteri bagi tujuan proses perolehan.

“Kita mendapat makluman daripada JANS bahawa dalam tempoh minggu ini, reka bentuk projek tersebut akan disiapkan melalui perbincangan JETAMA, JANS dan konsultan perunding reka bentuk akan dimuktamadkan setelah beberapa kali siri mesyuarat.

“SELEPAS ITU, JANS AKAN MENGANGKAT KERTAS PERTIMBANGAN KE JEMAAH MENTERI UNTUK MEMOHON PERUNTUKAN SEBENAR, DULU DIUMUMKAN ADALAH ANGGARAN PERUNTUKAN.

“Sebaik kerajaan negeri memutuskan jemaah menteri maka proses perolehan boleh dibuat jadi,” ujar beliau.

Justeru, Armizan berharap proses tersebut dapat disegerakan bagi mengelak isu kekurangan bekalan air ketika musim kemarau di daerah terbabit berulang kembali.

“Saya merayu kepada JANS dan kerajaan negeri supaya kita dapat mengharapkan dalam tempoh sebulan ini proses perolehan dapat dimuktamadkan.

“SELANJUTNYA, LANTIKAN KONTRAKTOR DAPAT DIBUAT YANG JUGA MEMERLUKAN 10 BULAN UNTUK SIAP.

“Projek ini pun dalam medium size punya projek peruntukan melebihi RM30 juta kerana kita khuatir musim kemarau tahun hadapan, sekiranya tidak ada second water intake bila chloride naik lagi parasnya di sungai kawasan Limbahau maka akan berulang lagi isu yang sama,” katanya.

Mac lalu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor telah meluluskan pembinaan muka sauk kedua bagi LRA Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) Limbahau di Kampung Kabang dengan kerjasama JANS dan Jetama Sdn Bhd bagi mengatasi masalah bekalan air di daerah berkenaan.

Dalam pada itu, Armizan selepas meninjau status kemajuan Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Kogopon dekat sini, hari ini, memaklumkan projek tersebut telah mencapai 9.59 peratus dengan 3.33 peratus ke hadapan daripada jadual asal dan dijangka boleh beroperasi mulai Ogos 2025.

“Projek fasa 2 Kogopon ini banyak komponen selain daripada muka sauk, loji rawatan, piping di pelbagai tempat saya rasa jauh lebih 20km, ada juga kuarters dan sebagainya.

“Jadi, kita bersetuju tadi supaya komponen muka sauk dan loji itu didahulukan, boleh siap dalam tempoh dua tahun maka boleh dimulakan processing untuk merawat air.

“SEMENTARA, KOMPONEN LAIN YANG MUNGKIN SUDAH ADA ALTERNATIF TERTENTU SUDAH BOLEH KEMUDIANKAN JADI WE CALLED IT BOLEH MENGHARAPKAN PROJEK INI MENDAPAT CERTIFICATE OF COMPLETION (CCC) DALAM TEMPOH DUA TAHUN SUPAYA 40 MLD INI BOLEH DIRAWAT DULU.

“Hasil komitmen semua pihak, projek ini berjalan mengikut jadual dan isunya projek ini adalah sebagaimana maklumkan sebelum ini tempoh projek adalah 3 tahun bermula pada Ogos 2023 dan siap pada Ogos 2026.

“Isu di papar ini pula khususnya bekalan air gangguan itu berlaku dengan amat serius, kita bayangkan pada ramadan yang lepas sepanjang tempoh bulan ramadan sebahagian besar Pekan Papar mengalami gangguan bekalan air.

“Kita bincangkan tadi walaupun projek ini berada di hadapan jadual namun, kita bincangkan kaedah bagaimana supaya projek ini boleh mula beroperasi melalui parchel completion dengan lebih awal.

“Jadi kita bincangkan ada komitmen di peringkat kontraktor bahawa dalam tempoh dua tahun sebahagian daripada komponen projek itu boleh disiapkan khususnya bahagian muka sauk dan juga loji rawatan jadi dalam tempoh rawatan dua tahun.

“Mereka memberi komitmen boleh mengusahakan supaya projek ini boleh dioperasi untuk merawat tambahan 40 MLD air untuk bekalan di kawasan setempat, jadi saya telah meminta Pengarah JANS membuat penyelarasan selain pelaksanaan projek penyelarasan dengan agensi-agensi terlibat supaya cadangan boleh dilaksanakan.

“Jadi, instead of menunggu tiga tahun siap sepenuhnya projek dalam tempoh dua tahun iaitu Ogos 2025 kapasiti rawatan itu boleh mula beroperasi terlebih dahulu,” jelas beliau.

Hadir sama dalam tinjauan tersebut ialah ADUN Kawang Datuk Seri Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, Pengarah JANS Suhaimi Asbullah, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Papar, Mohd Adnan Abdullah, Jutera Air Daerah, Afiq Abqori Nain serta para pemimpin masyarakat. — JABATAN PENERANGAN SABAH