Kementerian Kesihatan melaporkan rekod tertinggi 9,180 kes baharu Covid-19 dan 77 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.
Ia jangkitan harian tertinggi setakat ini. Rekod terdahulu dicatat pada 29 Mei lalu dengan 9,020 kes harian.
Seramai 5,713 pesakit pulih, menjadikan keseluruhan 731,193 daripada 817,838 pesakit Covid-19 yang sembuh, manakala angka korban pula meningkat kepada 5,980 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 80,665 kes aktif di seluruh negara, dengan 465 daripada 959 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, Selangor kekal negeri yang mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 4,400 kes.
Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 1,271 kes, Negeri Sembilan (899), Kedah (417), Sarawak (406), Sabah (323), Johor (315), Perak (241), Melaka (222), Pahang (214), Kelantan (151), Pulau Pinang (142), Terengganu (82), Labuan (80), Putrajaya (16) dan Perlis (satu).
Daripada jumlah kes baharu itu, tujuh ialah kes import dan baki 9,173 penularan tempatan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ