MPKK Dan Ketua kampung begambar selepas permuafakatan 8Julai penorama Di Gana berlatar blakang rumah yang Belum siap bersama Pengerusi MPKK Jukiah (kanan) bersama Jaidin, Masungi,. Nanggoi, Manuil dan Deiwien
By: Aissac BJ Sim
KOTA MARUDU: Jangka masa 25 tahun ialah bukan satu masa yang singkat namun bagi kira-kira 5000 orang penduduk di sepuluh buah kampung di skim penempatan semula GRID Gana 30 kilometer dari pekan Kota Marudu janji program penempatan semula bagi menempatkan 450 buah rumah masih menjadi tidak terjamin menyebabkan para pemimpin peringkat kampung tersebut menyatakan harsat dihati melalui media sebagai medium memohon serta meraih simpati dan perhatian pihak terbabit.
Salah seorang Ketua Kampung Gana K.K Deiwien Aloi, 55, (gambar) yang baharu dilantik mengulangi gesaan terhadap pihak kerajaan yang baharu PH/WS dan juga pihak kuasa tempatan agar dapat tampil dan mengambil iktibar secara serius terhadap masalah yang dihadapi penduduk, memandangkan tanah yang tinggal sekangkang kera dan rumah usang dibina lebih 25 tahun lalu masih belum disiapkan walhal rumah bina semula yang menggantikan kerangka rumah papan diberi keutamaan dengan melaksanakan 150 buah rumah terdahulu.
Kepada Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Shafie Haji Apdal, ADUN bersama rombongan UPPM N.5 Tandek Suzie Salapan semasa melakukan lawatan pada awal disember tahun lalu , membawa sinar harapan kepada penduduk di Gana, namun selepas ke-lapan bulan berlalu belumpun menampakkan perubahan, malah sebilangan rumah kayu terus menjadi reput tinggal menunggu masa menyembah bumi.
“Dahulu kampung kami memang terletak terpencil jauh didalam pendalaman serta kawasan hutan simpan itulah sebabnya pihak kerajaan membuka penempatan disini bermula pada tahun 1994 namun pada awal 2015 kemudahan jalan raya dan bekalan elektrik sudah baik dan memudahkan penduduk berulang alik ke pekan mahupun membawa masuk barangan keperluan kami disini dengan mudah”, katanya.
Menurut Deimin, sebanyak 150 buah rumah yang terbengkalai semenjak 2017 perlu disiapkan pihak kontraktor, ini kerana 150 buah keluarga berkenaan telah meninggalkan rumah dan kini tinggal dirumah sementara mengalami derita dan keperitan yang dirasai oleh kami memandangkan rumah yang sepatutnya diduduki masih belum siap , ini kerana penduduk terdedah dengan serangan nyamuk malaria” jelasnya.
“Ramai anak-anak penduduk terpaksa tidur dirumah papan yang sudah sangat usang, kadang-kadang bila hujan lebat ruang tamu dan bilik tidur basah kerana dinding dan atap zink sudah banyak yang reput”, katanya dengan nada yang kesal kepada wartawan disini.
Katanya, selain itu rumah penduduk turut mengalami masalah bekalan air, paip dan tangki besar sudah lama disiapkan tetapi malangnya air paip tidak pernah muncul, yang lebih merisaukan dalam masa tiga minggu kemarau air hujan dalam tong biru akan habis dan air terpaksa diangkut dari sungai sejauh 5 kilometer dan ada juga penduduk yang terpaksa mengorek dan membuat telaga di anak-anak sungai berdekatan.
Demikian sebahagian rintihan penduduk Gana, Gana merupakan satu lembah yang sejuk dan subur mempunyai tanah sawah yang boleh menghasilkan padi, ubi kayu dan ubi keledek merupakan makanan kepada penduduknya, namun setelah penduduk ditempatkan semula di kawasan tesebut pihak yang diberikan kepercayaan dan tanggungjawab seperti Jabatan Tanah dan Ukur dan Jabatan Pertanian seolah-olah lepas tangan.
Pejabat daerah yang dahulunya diberikan tanggungjawab membantu dan menyelaras para penduduk yang baru menetap ke GRID menamatkan intensif yang sewajarnya diberi kepada penduduk berkenaan.
Seorang lagi ketua kampung K.K Jumit Patu,55’ (gambar) berkata, menurut ketetapan oleh GRID, pihak kerajaan bersedia menyediakan tapak seluas 3-5 ekar ( 0.25-2 hektar) tanah sebuah keluarga untuk tanaman padi sawah dan setiap keluarga diberikan intensif antara RM60-RM150 sebulan selama enam bulan sebagai membantu sarah hidup mereka sebelum sawah tersedia.
Kedudukan 10 buah kampung terdiri daripada kampung Kipopogong, Toguhu, Garong, Linagkahan, Gouton, Minsusurud, Nasapu dan Gana terletak di kawasan hutan simpan kelas II dan kerajaan pada ketika itu mahu agar melalui projek GRID membolehkan pelbagai kemudahan infrastruktur dan pembangunan tanah dapat dipermudahkan sekaligus dapat meningkatkan tahap ekonomi dan sosial penduduk.

Projek Agropolitan FELCRA Bhd yg tidak siap mengundang masalah kepada penduduk Gana
Katanya, rumah yang perlu diperbaiki oleh pihak yang dibina pada tahun 1994 merupakan projek perumahan masyarakat dibawa Jabatan Perhutanan Sabah GRID yang di berikan jaminan oleh pihak kerajaan sebagai mengakhiri dilema penduduk semenjak beratus tahun semenjak dari datuk nenek moyang selepas perwartaan hutan simpan Lingkabau.
Jumit berkata, “sebagai genarasi kedua keturunan daripada ayah yang juga ketua kampung lama amat terkilan bila mana penyukatan dan pemilikkan tanah sawah seperti yang dijanjikan oleh jabatan tanah belum selesai, tanah merupakan nadi kehidupan dan tanah juga mempunyai nilai sentimental yang tinggi bagi kami etnik Dusun Tombonuo, ini kerana tanpa sebidang tanah keluarga, ahli keluarga dianggap paling miskin dan papa”.
Sehubungan itu Jumit berkata, jalan raya sejauh 1.5 kilometer menuju ke kawasan tanah sawah dan sebuah jambatan besi sejauh kira kira 30 meter perlu dibina bagi memudahkan para petani membawa baja serta mengusaha dan membawa keluar hasil kemudian.
“Bukan itu sahaja parit dan saliran bagi mengairi sawah seluas kira kira 145 ekar di kampungnya dan kawasan lain belumpun dibuat, sedangkan pada pelan cadangan asal GRID pihak Jabatan Parit dan Saliran bersedia berbuat demikian namun sehingga kini kawasan yang dimaksudkan sudah ditumbuhi semak samun” katanya.

Sebahagian penduduk terpaksa tinggal berasak asak dalam pondok buruk
Dalam pada itu, Majlis Pengerusan Komuniti Kampung Garong MPKK Jukiah Kumbinon berkata, melalui pemuafakatan tujuh buah kampung pada 8 Julai lalu merayu kepada pihak kerajaan agar mengkaji semula keperluan pembangunan di GRID Gana agar penempatan yang kini mempunyai kemudahan Sekolah Rendah, Klinik Desa, Taska mampu berdikari melalui GRID namun jauh sekali.
Katanya, melalui pemuafakatan yang dihadiri Ketua kampung Gana Deimon Aloi K.K Linagkahan dan Nasapu, Jaidin Majuil K.K Makatol , Masunji Masikey K.K Gouton , MPKK Antui Tagula K.K Toguhu, Nauggi Pala dan Mawil Masidong dari kampung Minsusurud sepakat agar perkara ini disampaikan kepihak berwajip dan melalui media massa .
“Masalah utama kami adalah air, amat menyeksakan pada ibu-ibu dan anak kecil apabila air bersih tiada, dan memaksa sebilangan yang ada kemampuan terpaksa membeli air setong RM60- RM150” katanya.

Projek bekalan air dianggar bernilai RM 10 juta menghiasi perkampungan Gana, Belum memberi makna dan erti pembangunan. Mungkinkah akan menjurus menjadi satu lagi gajah putih?
Katanya, projek bekalan air paip sudah lama siap iaitu semenjak 2015-16 namun projek paip bernilai RM10 juta tinggal sebagai projek gajah putih”.
Katanya, seperkara lagi keperluan pada masyarakat yang tinggal di dataran Gana, adalah pencawang telekomunikasi, sejak sepuluh tahun lalu masalah ini sudah di suarakan melalui pemimpin terdahulu namun sehingga kini pihak bertanggungjawab belum mengujudkan lagi.
“Satu-satunya tempat yang mempunyai isyarat telefon adalah sejam perjalanan kaki iaitu 5 kilometer dari perkampungan Gana iaitu dikenali bukit Janda , maka pada hematnya wajarlah jikalau pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia mendirikan menara telekomunikasi bagi memenuhi keperluan penduduk di Gana.
Meskipun jaringan jalan raya antara Kampung Gana dan Kota Marudu sudah siap sepenuhnya sejak empat tahun lalu namun penduduk masih belum dapat mengecapi kehidupan yang baik ekoran tiada pendapatan dan sumber ekonomi yang tetap penduduk Gana masih ketinggalan.

More Stories
Sunduan Nabalu : Hak 40 peratus –Maruah dan ekonomi kini di Sabah
PERTUBUHAN ORANG ASAL SABAH SERU KERAJAAN PUSAT DAN AGC TIDAK TERUSKAN RAYUAN ISU 40% HASIL SABAH
Rayuan AGC Gugat Keyakinan Pelabur, Iklim Ekonomi Sabah – BAYAHAN