KIULU: Sebanyak RM30,000 diperuntukkan untuk membina Dewan Terbuka Gereja Katolik St Martin Malanggang di Kampung Ponohuon, di sini.
Peruntukkan itu diluluskan dan diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, di sini, hari ini.
Madius berkata, dengan terbinanya dewan terbuka itu nanti, ia bakal memberi keselesaan kepada 800 ahli gereja dan masyarakat di sekitarnya.
Semasa lawatan tersebut, beliau sempat beramah-mesra dengan ahli kumpulan koir yang sedang mengadakan latihan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ