Rokok tiada cukai di rampas, dua penagih dadah ditahan. Kejadian di Kudat

Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat berjaya merampas beberapa bungkus rokok tidak bercukai di kawasan Pasar Malam Kudat, malam kelmarin.

Pegawai Pemerintah PPM Kudat ASP Cyril Douglas berkata, semasa tiba di tempat kejadian pasukan serbuan menjumpai beberapa bungkus rokok di kawasan terbabit.

” Setelah lebih kurang satu jam pemantauan dijalankan di kawasan itu namun tiada individu datang menuntut rokok berkenaan. Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM2,100,” katanya dalam laporan Sabah360 Online.

Dalam kes berasingan, PPM Kudat menahan sebuah kenderaan yang dinaiki dua lelaki berumur 35 dan 49 tahun, malam yang sama.

Cyril berkata, kedua-dua kes ini dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, beliau berkata, PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 013-9391197.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *