Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan beberapa buah rumah daripada musnah terbakar di taman perumahan Foh Sang, Luyang di sini, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata kejadian jam 12.56 tengah hari itu hanya memusnahkan sebuah rumah jenis kekal dan menjejaskan bahagian dapur rumah jiran.
“Seramai 22 pegawai serta anggota pelbagai pangkat dari BBP Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian ya g terletak lima kilometer dari jarak balai.
“Sebaik tiba, pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera dan tindakan pantas pasukan berjaya memadamkan kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran,” katanya.
Menurutnya sebuah rumah jenis kekal seluas 30 X3 0 kaki persegi musnah sebanyak 90 peratus manakala rumah yang terletak di sebelahnya terjejas 10 peratus di bahagian dapur.
“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran Zon 1 (Zon Kota Kinabalu).
“Operasi keseluruhan ditamatkan jam 2.40 petang,” katanya. – Utusan Borneo

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ