KENINGAU: Sebuah rumah dan tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Sondoton Baru di sini, pagi tadi.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada 9.38 pagi.
Katanya, sepasukan 14 anggota, dua jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba, Sharudy Delamin digerakkan ke lokasi sejauh tiga kilometer.
“Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat terbakar sepenuhnya.
“Tiga kenderaan turut terbakar dan pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran, tiga pancutan daripada sumber air tangki jentera,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kebakaran dikawal jam 9.57 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
“Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
“Operasi keseluruhan ditamatkan jam 11.22 pagi,” katanya. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad