PAPAR: Hujan lebat mengakibatkan sebuah rumah penduduk di Kampung Kuala 2, Kinarut, di sini, terjejas berikutan kejadian tanah runtuh, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Penolong Penguasa Bomba, Rozlan Osman berkata maklumat kejadian itu diterima jam 10.44 malam, namun disahkan tiada mangsa dilaporkan terbabit.
Katanya, hasil pemantauan dan pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian mendapati berlaku runtuhan tanah dibelakang rumah mangsa.
“Tindakan pasukan bomba membuat pemeriksaan dan mendapati rumah berkenaan tidak selamat untuk didiami.
“Seterusnya menasihati penghuni rumah supaya berpindah ke rumah saudara mara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, operasi dijalankan membabitkan empat anggota bersama sebuah jentera.
“Operasi ditamatkan pada jam 12.20 tengah malam,” katanya. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ