KOTA KINABALU: Ikrar bawa makanan tin, namun tindakan sindiket penyeludupan minuman keras cuba mengaburi mata pihak berkuasa gagal.
Ia berjaya dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah selepas menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kontena di Pelabuhan Sepanggar, di sini, pada 10 Oktober lalu.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Siti Mang berkata, hasil pemeriksaan, kontena berkenaan mengandungi 3,000 karton minuman keras yang diisytiharkan sebagai makanan tin.
“Pemeriksaan yang dijalankan telah menemukan sebanyak 3,000 karton bersamaan 23,760 liter minuman keras dengan anggaran nilai sebanyak RM90,050 dan membabitkan duit atau cukai sebanyak RM368,375.04.
“Siasatan awal mengesahkan kontena di Ikram mengandungi peanut can ataupun kacang peanut dalam tin dan juga canned food dan juga fish luncheon,” katanya pada sidang media di Wisma Penguatkuasaan Sepanggar, di sini, hari ini.
Sementara itu, kes kedua pula membabitkan serbuan di sebuah stor tidak bernombor di Jalan Padas Valley, Kampung Luagan Sanginan, Beaufort.
Katanya, hasil pemeriksaan, pasukan operasi menemui 468 karton minuman keras pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM69,657
termasuk cukai.
“Dalam kes ini, seorang lelaki warganegara Malaysia berusia lingkungan 28 tahun ditahan dan kes masih dalam siasatan.
“Modus operandi bagi kes ini menjadikan stor yang tidak berpenghuni sebagai tempat penyimpanan barang-barang yang tak berkastam,” katanya,
Siti berkata, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang sepuluh kali ganda nilai barang atau RM100,000 dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000.
Katanya, pesalah juga boleh dipenjara bagi tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Sehubungan itu, Siti berkata, aktiviti penyeludupan bukan saja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
Justeru itu katanya, orang ramai disarankan supaya memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan ditalian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855.
JKDM juga turut memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat berkenaan adalah dirahsiakan. – Info X
More Stories
Pembinaan semula jambatan Pekan Tuaran – Sg Damit disenaraikan dalam RP5 RMKe-12 dengan kos RM30 juta: Kementerian Ekonomi
‘DUN Sabah bubar Ogos 2025’
Jelajah UPKO Gelombang Pantai Timur Cawangan Baharu Kg Sg Beruang Libaran dibentuk, perjuangkan hak rakyat di akar umbi