KOTA KINABALU: Semua 94 mangsa banjir daripada 22 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memberitahu dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Dewan Mohd Dun Banir di Beaufort dan Dewan Kampung Song-Song di Kota Belud ditutup pada pukul 4 petang ini.
Kata kenyataan itu PPS Dewan Mohd Dun Banir pagi ini menempatkan 52 mangsa banjir daripada 14 keluarga sementara PPS Dewan Kampung Song-Song menempatkan 42 orang daripada lapan keluarga.
“Cuaca hari ini cerah di beberapa tempat seperti di Kota Kinabalu dan Penampang, manakala hujan di Sipitang dan Kuala Penyu,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ