Kota Marudu : Masyarakat khususnya di negeri ini diingatkan supaya mengamalkan gaya hidup sihat terutama kumpulan berisiko seperti warga emas termasuklah golongan muda kerana jika diabaikan kemungkinan tubuh mudah didatangi pelbagai penyakit tanpa disedari.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda berkata pada ketika ini, kebanyakan golongan tua dan muda sering menghadapi masalah kesihatan.
Beliau berkata semestinya, keadaan kesihatan ini berkait rapat dengan amalan gaya hidup iaitu mungkin tidak menjaga pemakanan, kurang bersenam dan stres.
“Saya menyeru orang ramai agar mengutamakan kesihatan diri supaya dapat menurunkan risiko penyakit samada berjangkit mahupun tidak berjangkit. Kita boleh beriadah sambil berzumba untuk menjaga kesihatan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Fitness Centre di Dewan Residensi Prima Kota Marudu di sini baru-baru ini.
Redonah berkata, lapisan masyarakat dinasihatkan agar sentiasa peka dan mengambil tahap kesihatan diri serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Katanya, selain gaya hidup sihat, pengambilan makanan seimbang juga penting bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan badan.
“Masyarakat juga dinasihatkan supaya mengamalkan senaman supaya kekal sihat dan cergas. Selain gaya hidup sihat, pengambilan makanan seimbang juga penting bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan badan. Masyarakat juga dinasihatkan supaya mengamalkan senaman supaya kekal sihat dan cergas.
“Penekanan mengenai gaya hidup sihat harus diberi kepada golongan generasi muda kerana mereka adalah tulang belakang kepada kemajuan negara pada masa depan.
“Jita semua perlu selitkan sedikit aktiviti bersukan dan riadah, walau sesibuk mana pun jadual kerja kita, kerana kesihatan kita perlu sentiasa kita pelihara dan bersukan adalah antara cara untuk kita meningkatkan mutu dan kualiti kesihatan kita,” katanya.
More Stories
Seramai 650 pendatang asing tanpa izin dihantar pulang dari sandakan
Wanita cedera kereta terbabas ke dalam gaung
Dakwa warga China kerja tanpa permit, pengusaha pelancongan tempatan di Semporna lapor polis