SMK Kota Marudu Terus Cipta Sejarah Sekolah Paling Tua Banyak Melahirkan Pemimpin
KOTA MARUDU: Menteri Pelajaran Dan Inovasi Sabah Datuk Dr. Yusuf Yacob berkata, terdapat Sekolah yang dimamah usia tetapi tidak menghalang warganya terus menjadi peneraju modal insan dan melahirkan kemenjadaian murid walau di sekolah luar bandar.
Katanya, ini terbukti momentum sekolah ini untuk membentuk kemahiran berfikir aras tinggi sangat KBAT signifikan dengan tuntutan pendidikan sehingga penghasilan modal insan terserlah sehingga mendapat jolokan ‘The Legend‘ sehingga mampu bersaing dalam pelbagai arena dan bidang.
Katanya, “pembelajaran abad ke 21 perlu difaham kerana pada hakikatnya pembelajaran ini lebih fleksibel ujudnya ketidakfahaman dalam kalangan masyarkat menyebabkan kehilangan sokongan ibubapa terhadap usaha pihak kementerian pendidikan Malaysaia KPM.
“Sekolah dan guru merupakan dua elemen penting bagi menghasilkan pelajar yang berketrampilan walaupun pelajar tidak lagi berada didalam kelas konvasional .Hal ini wajar kerana pembelajaran di dalam kelas boleh menghadkan kreativiti pelajar.Tuntutan pendidikan dewasan kini ialah pelajar mampu mengadaptasikan maklumat maklumat yang diperolehi secara positif dengan sebarang perubahan yang berlaku dipersekitaran mereka” katanya.
Katanya, Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu umpama gedung ilmuan yang terus menyumbang kepada penghasilan sumber tenaga berkualiti tinggi maka tidak hairanlah tema hari terbuka bagi sekolah tersebut iaitu ‘Amal KABAT pasti Hebat’.
“Saya yakin jika murid murid dilatih untuk mengamalkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam menyelasaikan masalah, maka tidak mustahil jika pada masa teringkat ini tidak mustahil akan memiliki sumber manusia yang mampu bersaing diperingkat global’katanya.
Tax ucapan beliau disampaikan Pembantunya Mohammad Mohammarin pada majlis sambutan hari terbuka SMK Kota Marudu Baru baru ini.Menurut Dr. Yusuf, sekolah yang sudah berusia setengah abad itu telah mengalami banyak melahirkan pemimpin serta memiliki keistemewaan tersendiri kerana merupakan sekolah tertua di daerah itu, namun perubahan fizikal yang kian dimama usia perlu diberikan perhatian Kerajaan dalam pemuliharaan dan pembangunan.
Sementara itu Mohammad Mohamarin yang juga ADUN Banggi melahirkan rasa terjua dengan apa yang telah ditunjukkan oleh para pelajarnya, selepas melawat pamiran dan kebilik darajah kelas sains, metamatik dan kelas ekonomi ERT.
Katanya, walaupun negari Sabah agak jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan apa yang ada kemudahan dan pembangunana pembelajaran tidak seimbang serta tidak memiliki kemudahan kemudahan yang boleh membantu melonjakkan pembangunan pendidikan jika dibandingkan negari negeri di Semananjung.
Sehubungan itu beliau tidak mahu agar alasan itu dijadikan penghalang semangat para pelajar serta guru untuk meraih kejayaan dalam meraih kecermelangan, sambi berharap agar kementerian Pelajaran dan Inovasi sabah akan membantu serta mendesak kerajaan perseketuan dalam menangani peruntukan pada masa hadapan.
Sebelum itu Pengetua SMK Kota Marudu Faridah Raimin berkata, sekolah tersebut telah dipilih oleh KPM sebagai sekolah membudayakan amalan KBAT. Antar aktiviti yang dibuat iaitu pendidikan sivik dan kewarganegeraan, hari PIBG dan pamiran kerjaya serta pamiran kerja kereatif, sains, metematik, seni dan visual serta pamiran agensi kerajaan.
Menurut Faridah, kerjasama da kometmen dikalangan ajk pelaksana, PIBG dan juga ibubapa telah menjayakan program hari terbuka pada kali ke-3, namun adalah amat dialu alukan agar bekas pelajar dapat menngaktifkan Alumni sekolah tersebut bagi membantu menyemarakkan lagi sekolah yang telah banyak melahirkan pemimpin.
“Kita berharap agar Alumni sekolah ini antaranya yang terdiri Datuk Hasyim Paijan Setiausaha Kerajaan Negeri, Mantan Ahli Perlimen Datuk Georgh Sangkin, Manta Ahli Dewan Negara Datuk Maijol Mahap dan ramai lagi bekas pelajar sekolah yang sudah menjagkau 51 tahun dapat bersatu tenaga dan idea bagaimana untuk membantu kemenjadian sekolah ini” katanya.
Dalam pada itu bebrapa bekas pelajar sekolah yang hadir pada majlis itu amat terjua dan mengalu alukan keujudan alumni bagi mengumpul dan menyatukan bekas bekas pelajar yang sudah sekian terpisah justru dapat membantu keberkesanan dan keperluan sekolah tersebut.

More Stories
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ
Warga UMS Jayakan ‘Jom Baca’ dan Pelancaran Kapsul Masa Digital 2035
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara