KOTA KINABALU: Pengerusi Sabah Electricty Sdn. Bhd (SESB) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, pihaknya kini dalam proses ke arah penggunaan ‘Meter Pintar atau (Smart Meter)’ bagi merekodkan jumlah penggunaan elektrik di setiap premis dan kediaman di negeri ini.
Menurutnya, bagi tujuan ini pihak SESB telah pun membuka tender bagi mempelawa syarikat yang berkelayakan untuk menjayakan inisiatif tersebut.
“Tender dibuka pada 16 April 2024 dan ditutup pada 12 Jun lalu. Pada ketika ini, ia sedang berada dalam proses analisa tender sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Tender Pengurusan dan seterusnya ke Jawatankuasa Perolehan dan Kewangan Lembaga,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari.
Madius mengulas saranan Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah David Chan, di sini semalam.
Menurutnya, saranan David agar pihak kerajaan menggunakan meter pintar adalah wajar kerana ia mempunyai pelbagai manfaat dan kelebihan berbanding penggunaan meter konvensional.
“Saya ingin memaklumkan bahawa pihak SESB pun sememangnya sedang ke arah itu dan diharapkan segala proses yang sedang dilaksanakan berjalan dengan lancar,” jelas Madius.
Dalam pada itu, Madius merupakan Ahli Parlimen Tuaran turut mengalakkan orang ramai dan pengguna untuk memuat turun sekali gus mendaftar aplikasi mySESB di telefon bimbit masing masing.
“Melalui aplikasi ini pelbagai perkhidmatan boleh dilaksanakan hanya daripada hujung jari sahaja. Antaranya, mendapat akses penyata bil terkini selain boleh membuat pembayaran bil secara terus ke sistem SESB tanpa perlu menunggu tiga hari bekerja seperti cara pembayaran yang lain.
“Pengguna juga boleh mendapatkan info semasa berkaitan penyelenggaraan disesuatu kawasan boleh menyalurkan aduan dan menyemak status tindakan membuat permohonan meter baharu dan pelbagai lagi ,” katanya.
Beliau berkata, perkhidmatan mySESB merupakan satu inisiatif bagi memudahkan para pelanggan untuk berurusan tanpa perlu hadir berbaris panjang atau bersesak sesakan di kaunter atau Kiosk SESB.
“Namun buat masa ini, daripada 696,711 pengguna SESB, baru 112,835 orang yang telah mendaftar. Kita berharap agar lebih ramai mendaftar di mySESB supaya urusan orang ramai dengan SESB dapat diselesaikan dengan dapat diselesaikan dengan lebih pantas,” kata Madius.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad