SANDAKAN: Semua pasar malam dan pasar tani atau tamu di negeri ini dikecualikan membayar sewa berkuat kuasa serta merta sehingga tahun depan.
Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Majlis Penyerahan Bantuan Input Pertanian, Pelancaran Projek Inkubator Usahawan Pertanian dan Penyerahan Geran Tanah serta Pelancaran Electronic Planning Permission System Daerah Sandakan, di sini, hari ini.
Mohd Shafie berkata, pengecualian itu membabitkan hampir 22,000 usahawan kecil, peniaga pasar malam dan tani, ‘food truck’ dan gerai mingguan di setiap kawasan di negeri ini.
Jelasnya, pengecualian itu diumumkan tahun lalu dan mula dilaksanakan awal tahun ini di beberapa kawasan di negeri ini.
“Pihak kerajaan negeri perolehi hasil dalam lingkungan RM6 juta hingga RM7 juta setahun (daripada bayaran sewa).
“Dalam keadaan Covid, masyarakat kita berhadapan kesusahan. Kita tak mahu bebankan mereka dari pagi hingga petang tunggu hasil,” katanya.
Pada program itu, Shafie menyerahkan 522 geran tanah adat negeri (NT) kepada penduduk di daerah ini dan daerah berhampiran.
Mohd Shafie berkata, geran tanah yang diberikan kepada pemilik individu itu adalah hasrat yang dikehendaki rakyat akar umbi.
“Di samping kita pastikan tanah ini kita berikan kepada mereka, kita juga adunkan program ini dengan program yang lain untuk menggalakkan petani berkecimpung dalam sektor pertanian.
“Contohnya kita bagi baja benih, jenis buah buahan dan pertanian yg bersesuaian yang beri hasil pendapatan setiap bulan,” katanya.-http://beritasabah.com

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ