Warning: mysqli_query(): (HY000/1021): Disk full (/tmp/#sql_267f_3.MAI); waiting for someone to free some space... (errno: 28 "No space left on device") in /home/beritasabah/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 2349
February 26, 2024

Warning: mysqli_query(): (HY000/1021): Disk full (/tmp/#sql_267f_3.MAI); waiting for someone to free some space... (errno: 28 "No space left on device") in /home/beritasabah/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 2349

Sindiket pelacuran sedia pakej wanita warga asing RM10,000 di Ipoh tumpas

IPOH: Sindiket pelacuran dan pusat hiburan yang menyediakan pakej wanita warga asing dengan bayaran sehingga RM10,000 satu malam tumpas selepas diserbu Jabatan Imigresen dalam Operasi Khas di sini pada Jumaat.
Operasi bermula jam 11 malam melibatkan dua sarang pelacuran dan tiga pusat hiburan karaoke di sekitar Ipoh itu menahan 141 orang dengan 117 daripadanya wanita warga asing, 14 lelaki warga asing manakala 10 lagi warga tempatan dipercayai penjaga premis.
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, wanita yang ditahan terdiri daripada 52 warga China, 41 warga Vietnam, 21 warga Thailand, dua warga Indonesia dan seorang warga Laos berusia antara 18 hingga 36 tahun.
Menurutnya, kesemua mereka didapati terlibat dalam sindiket berkenaan yang beroperasi sejak setahun lalu dengan menawarkan perkhidmatan seks dan gadis pelayan pelanggan (GRO).
“Siasatan dijalankan mendapati, hanya 58 warga asing yang ditahan itu memiliki dokumen perjalanan antaranya pas lawatan sosial, pas khas lawatan kerja sementara dan pas pengajian yang masih sah laku sementara yang lain tidak memiliki dokumen sah untuk berada di negara ini.
“Kesemua mereka ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan akan dibawa ke Depoh Tahanan Langkap untuk tindakan lanjut.
“Manakala 10 warga tempatan akan disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan melindungai pendatang tanpa izin,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Imigresen Perak, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) dekat Meru Raya di sini pada Sabtu.
Jafri Embok berkata, siasatan dijalankan mendapati, pelanggan yang membuat tempahan bilik di pusat hiburan dikenakan bayaran antara RM800 hingga RM10,000 mengikut kategori bilik dengan tempahan wanita warga asing RM150 bagi 1 jam.
Katanya, tempahan menerusi panggilan telefon itu hanya menyasarkan pelanggan tetap dan didapati mampu meriah keuntungan lebih RM24,000 sebulan.
“Bagi premis pelacuran pula, sindiket melakukan promosi wanita warga asing dengan mengggunakan foto-foto mereka melalui aplikasi telegram dan WhatsApp.
“Wanita yang dipilih akan diuruskan penjaga premis dan dihantar ke bilik disediakan dengan bayaran antara RM200 hingga RM500 manakala untuk ‘outcall girl‘ caj perlu dibayar pelanggan antara RM800 hingga RM1,000.
“Transaksi bayaran ini adalah melalui tunai atau secara dalam talian sebelum wanita warga asing diserahkan kepada pelanggan,” katanya.
Beliau berkata, serbuan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) itu turut merampas sejumlah kondom, peralatan seks, 12 unit telefon bimbit, tuala, peralatan kamera litar tertutup (CCTV), kad perakam waktu, 58 pasport pelbagai negara dan wang tunai RM14,155.
“Semasa serbuan, terdapat warga asing cuba lari dan bersembunyi di bumbung serta di bilik-bilik rahsia yang dibina khas bagi mengaburi pihak berkuasa, namun segala usaha ini berjaya dipatahkan,