Oleh Wartawan BS
KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah mengesahkan Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris, Tanjung Aru di selepas enam murid di sekolah itu didapati positif Influenza A (H1N1).
Menterinya, Datuk Frankie Phoon bagaimanapun menegaskan kes itu masih dalam keadaan terkawal dan belum serius.
“Terdapat banyak cara untuk mencegah penyebaran jangkitan virus ini dan penutupan sekolah antara salah satu daripada langkahnya.
“Cara lain adalah dengan menghantar pulang enam murid ini dan mengurung (kuarantin) mereka di rumah, tidak semestinya perlu menutup sekolah.
“Dalam kes ini, keputusan menutup sekolah telah diambil oleh pejabat kesihatan daerah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kepala Singa, di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi berkata, beliau difahamkan penutupan sekolah itu dibuat atas kemahuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Katanya, jabatan itu sedang memantau perkembangan kes berkenaan setiap hari.
“Berlaku peningkatan kes Influenza A yang direkodkan namun ia tidak membimbangkan dan tiada keperluan untuk sekolah ditutup.
“Kita hanya akan menutup sekolah sekiranya ia (sekolah) sumber jangkitan,” katanya.

Christina berkata, keputusan untuk menutup sekolah (SK Stella Maris) dibuat oleh pejabat kesihatan daerah.
“Selepas ini, akan ada kriteria tertentu yang perlu ditetapkan sebelum penutupan sekolah dilakukan,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ