SMK Tansau Penampang lakar pelbagai kejayaan

Awang Husaini (tengah), Siti Salmiah dan Zaidi serta barisan guru SMK Tansau selepas majlis menanam pokok kelapa pandan tanda gimik perasmian Hari Koperasi Sekolah (HKS) SMK Tansau, sebagai  tanda ingatan HKS dan produk baru koperasi sekolah.

Oleh: Nio James

…bidang akademik dan kokurikulum, koperasi sekolah

PUTATAN: SMK Tansau Penampang telah melakar pelbagai kejayaan bukan sahaja dalam bidang akademik dan kokurikulum malah Koperasi SMK Tansau Berhad telah membuktikan pelbagai kecemerlangan telah digapai sehingga peringkat kebangsaan.

Pengetua Cemerlang SMK Tansau Hajah Siti Salmiah Haji Samaie berkata, antara  kejayaan Koperasi  SMK Tansau Berhad ialah Anugerah Koperasi Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2015, Naib Johan Pertandingan Persembahan Pengamalan Jadi Diri Koperasi Peringkat Kebangsaan 2015.

Johan Anugerah Koperasi terbaik Negeri Sabah Peringkat Kebangsaan 2016, Anugerah Khas Juri Pembentang Terbaik sempena HKS Peringkat Kebangsaan 2016 (Adik NIk Ezatul Nur Nafisa Nik Shamsudin), Tempat ketiga Anugerah Guru Pembimbing Terbaik Peringkat Kebangsaan 2016.

Anugerah Koperasi Cemerlang Peringkat Negeri Sabah 2016 sempena Hari Koperasi Negara, Anugerah Tabungan Berhemah Peringkat Kebangsaan Kategori pelajar melebihi 800 orang yang membawa pulang RM12,000.00 (2016).

Anugerah Peningkatan Penyertaan Terbaik Peringkat Kebangsaan kategori pelajar melebihi 800 orang yang membawa pulang RM8,000.00,  Tempat Pertama Anugerah Pembangunan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018, Naib Johan Koperasi Terbaik Peringkat Kebangsaan 2018.

Johan Pengerusi Sekolah Terbaik Peringkat Kebangsaan 2018, Johan Pembentang AKKS Terbaik (Murid) Peringkat     Kebangsaan 2018 (Nur Annis Arriesha Binti Bushrie0,             Johan Koperasi Terbaik Negeri Sabah 2018.

Tempat kedua Anugerah Guru Pembimbing Terbaik dalam Konvensyen Young Enterprenuer Strive for Success (YESS) 2019 Peringkat Negeri. Tempat keempat Anugerah Produk Terbaik dalam Konvensyen YESS 2019 Peringkat Negeri. Telah mencapai RM 1.201.176.27 yang merupakan pendapatan kasar koperasi bagi tahun 2018 yang disasarkan pada tahun 2020              

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Hari Koperasi Sekolah Kali Ke-5 dan Ekspo Pendidikan 2019 SMK Tansau, Penampang, disempurnakan oledh Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Datuk Haji Awang Sahari, di Dataran Datin Fatimah Ali, di sekolah itu pada Rabu.

Hari Koperasi Sekolah (HKS) merupakan satu inisiatif unit kurikulum dan kokurikulum sekolah bertujuan menggabungkan segala aktiviti dan program dalam satu tempoh masa secara serentak. Tahun ini merupakan tahun ke-5 Hari Koperasi Sekolah (HKS) disambut secara besar-besaran dan penuh gemilang.

Siti Salmiah berkata, penganjuran Hari Koperasi dan Ekspo Pendidikan adalah selaras dengan Aspirasi Murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), iaitu berpengetahuan, identiti nasional, etika dan kerohanian, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin dan kemahiran dwibahasa.

Antara objektif Hari Koperasi ialah memupuk minat keusahawanan dan perniagaan dalam kalangan pelajar. Selain itu, memperkembangkan potensi pelajar dalam setiap aspek seperti akademik, keusahawanan, pengurusan, sosial, kepimpinan, kemahiran berfikir, berdaya saing, kreativiti dan inovatif. Seterusnya, menambah pengetahuan dan membudayakan kepentingan perkhidmatan koperasi dalam diri warga sekolah. 

“Bahkan program ini juga bertujuan membentuk modal insan agar berpengetahuan tinggi dan mempunyai pelbagai kemahiran. Kesemua objektif ini bersesuaian dengan tema Hari Koperasi pada tahun 2019 iaitu `Koperasi Sekolah Membentuk Kemenjadian Murid’,” katanya.

Bagi menepati tema tersebut, pelbagai aktiviti telah disusun untuk memeriahkan Hari Koperasi Sekolah dan Ekspo Pendidikan 2019.

Siti Salmiah berkata, Koperasi SMK Tansau telah menyediakan pelbagai perkhidmatan dan juga peruncitan,   antaranya Tansnow Car Wash, Parking SEMESTA, Vending Machine, fotostat serta penjualan produk sekolah dan rumah.

Katanya, bertunjangkan kekuatan seramai 2008 ahli termasuk pelajar, guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), Koperasi Tansau Berhad sentiasa mencari idea untuk menghasilkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang terbaik.

“Selaras dengan perkembangan ekonomi masa kini, kami telah mengorak langkah berani dengan membina KIOSK Koop Niaga 4 pintu pada tahun 2017. 

Koperasi SMK Tansau Berhad merupakan koperasi pertama yang mempunyai kiosk dan merupakan satu kejayaan besar yang boleh dibanggakan,” katanya.

Beliau berkata, SMK Tansau juga menjadi sekolah rintis yang dapat membuka sebuah pusat asuhan kanak-kanak yang diberi nama Taska SEMESTA.

“Taska ini bertujuan mewujudkan keselesaan dan sebagai sistem sokongan kepada guru dan AKP di sekolah ini,” katanya.

Katanya,  Taska SEMESTA telah memulakan operasinya pada 16 Ogos 2016 serta telah banyak membantu memudahkan urusan guru-guru kerana menyediakan khidmat jagaan anak di kawasan sekolah.

Katanya, pada masa ini taska atau pusat asuhan kanak-kanak di tempat kerja sudah menjadi satu keperluan bagi individu yang bekerja.

“Hal ini jelas membuktikan kewujudan taska SEMESTA ini merupakan langkah proaktif Koperasi Tansau Berhad yang harus dibanggakan,” katanya.

Siti Salmiah berkata, rentetan daripada kejayaan yang telah dicapai oleh Koperasi SMK Tansau, sekolah sering dikunjungi oleh tamu PKS yang bukan sahaja dari negeri Sabah malahan juga dari Sarawak dan Semenanjung telah bertamu di sini dengan tujuan menjadikan SMK Tansau sebagai bench mark.

Katanya, pada tahun 2017, Koperasi Tansau Berhad telah menerima sebanyak 34 kunjungan tamu PKS dan pada tahun 2018, kami telah menerima 15 tamu PKS setakat ini. Manakala pada tahun ini kami telah menerima 14 tamu PKS termasuk 2 lagi tamu PKS akan datang pada jumaat ini. 

Katanya, bagi menghargai dan merakamkan segala kejayaan yang telah dicapai oleh Koperasi SMK Tansau, maka Galeri Koperasi Tansau Berhad  telah diwujudkan.      Galeri itu dirasmikan oleh Dato Haji Kamarudin Bin Haji Ismail, Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) pada tahun lepas yang bermatlamat untuk mengumpulkan kejayaan-kejayaan Koperasi SMK Tansau yang telah dikecapi sepanjang tahun 2015 hingga kini.

Galeri ini juga boleh dijadikan bahan rujukan dan pameran kepada tamu program PKS di samping sebagai galakan kepada warga Ahli Lembaga Koperasi (ALK) untuk berusaha meningkatkan Koperasi SMK Tansau pada masa akan datang.