Oleh Nio James
KOTA KINABALU: Seramai 400 warga emas menerima angpau dan hamper mini daripada Sports Toto Malaysia Sdn Bhd, di Dewan Foo Chow, Luyang, dekat sini, hari ini.
Hamper berkenaan disampaikan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Phoong Jin Zhe, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang, selaku tetamu kehormat majlis itu.
Manakala angpau disampaikan oleh Pengurus Wilayah – Malaysia Timur Sports Toto Malaysia Sdn Bhd, Renee Wong.
Turut hadir Eksekutif Jualan Kawasan Kota Kinabalu A Sports Toto Malaysia Sdn Bhd, Amanda Thien.

Sports Toto Malaysia Sdn Bhd membuka tirai tahun ini dengan mengadakan kempen sumbangan angpau Tahun Tikus Tahun Baru Cina Sports Toto kali ke-33 yang memberi manfaat kepada lebih 19,000 warga emas di seluruh Negara.
Bermula 9 Januari 2020, kempen sumbangan selama enam hari itu akan diadakan di 50 bandar raya dan bandar di seluruh negara untuk memberi manfaat kepada warga emas yang memerlukan, berusia 60 tahun ke atas.
Kota Kinabalu adalah salah satu daripada 50 lokasi yang dipilih untuk kempen sumbangan berkenaan.
Menerusi kempen itu, Sports Toto mahu mencapai objektif menanamkan nilai-nilai positif seperti menghormati dan menyayangi warga emas.
Sehingga kini, Sports Toto telah menyumbang lebih daripada RM22 juta yang memberi manfaat kepada lebih daripada 410,000 warga emas di seluruh negara sejak kempen sumbangan itu dimulakan pada tahun 1988.
Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, Sports Toto percaya musim perayaan adalah masa terbaik untuk menjangkau golongan yang kurang bernasib baik.
Kempen sumbangan Ang Pow Tahun Baru Cina adalah program bantuan mesra Sports Toto yang terbesar dalam melaksanakan pelbagai projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang tahun.
Selain sumbangan perayaan, Sports Toto juga menyumbang sejumlah besar setiap tahun kepada Majlis Sukan Negara dan acara sukan yang dianjurkan oleh persatuan sukan tempatan untuk membantu pembangunan bakat sukan kebangsaan.
Sementara itu, Phoong ketika ditemui berkata, sumbangan itu merupakan amalan dan budaya tradisi masyarakat Cina pada setiap perayaan Tahun Baru Cina.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ