SPR terima notis kekosongan DUN Semenyih

[ad_1]

PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan menerima pemakluman rasmi kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.24 Semenyih berikutan kematian penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Jan lepas.

Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar dalam kenyataan hari ini berkata pemakluman rasmi itu diterima daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Ng Suee Lim, semalam.

Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun pada Jumaat ini di ibu pejabat SPR, di sini.

“Mesyuarat khas tersebut akan membincangkan tarikh-tarikh penting pilihan raya kecil (PRK) seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya itu dan persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya.
…..



[ad_2]