KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dijangka menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Khamis ini, sebagai tanda kerjasama antara mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan datang.
Menurut jemputan yang diterima pihak media, majlis menandatangani MoU berkenaan akan berkangsung di Unity Hall, Hongkod Koisaan, di Penampang, pada jam 2.30 petang.
Sebelum ini, STAR dan PBS dikatakan bakal menandatangani kerjasama yang antara lain bagi memperkukuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dalam menghadapi PRN17.
STAR dan PBS merupakan dua daripada parti komponen dalam GRS selain Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).
Dua parti itu juga kini mempunyai jumlah kerusi sebanyak 13 dengan tujuh kerusi dimiliki PBS manakala enam kerusi lagi dimiliki STAR. – Info X
More Stories
Kadar residivis di Sabah kekal 12 peratus
Kerajaan Sabah sasar 10,000 pelajar terima biasiswa
Kerajaan Sabah rai lawatan PM pada majlis makan malam