KOTA KINABALU: Cuaca panas yang melanda negeri Sabah sejak akhir-akhir ini dijangka akan mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik semakin meningkat.
Menurut Pengurus Besar (SistemOperasi) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir Adrian Leo Mosigil (gambar), keadaan ini boleh memberi tekanan terhadap kestabilan Sistem Grid yang diuruskannya.
Katanya, pada ketika ini, permintaan tenaga tertinggi yang pernah direkodkan pada waktu puncak adalah 1090.73 MegaWatt (MW) sementara itu, pada keadaan biasa kapasiti penjanaan keseluruhan pula adalah sekitar 1,300MW.
“Antara punca utama penurunan kapasiti penjanaan ini adalah berikutan salah sebuah Stesen Janakuasa Bebas (IPP) di Kimanis, Papar yang terpaksa menutup sementara sebahagian operasinya bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan pada set tarbin gasnya dapat dilaksanakan dengan lebih selamat.
“Selain itu, margin simpanan tenaga yang amat kecil iaitu pada kadar 12 peratus daripada kapasiti penjanaan tenaga keseluruhan negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan juga menjadikan SESB lebih berhati-hati dalam menguruskan bekalan elektrik kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.
More Stories
1,000 rumah setinggan akan diroboh
KUSKOP laksana amanah, jayakan Belanjawan MADANI 2025 dengan tatakelola cemerlang -Ewon
Musim tengkujuh dijangka bermula 5 Nov –MetMalaysia