Surat palsu: pejabat menteri pertahanan buat laporan polis

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Pejabat Menteri Pertahanan hari ini membuat satu laporan polis berhubung dua surat palsu berkaitan perolehan kontrak pembekalan perabot dan perkhidmatan bas di kementerian itu.

Pegawai Tugas-Tugas Khas 2 Pejabat Menteri Pertahanan, Rafizal Ali berkata laporan polis itu dibuat bagi mengelak sebarang kesan tidak baik daripada pemalsuan serta penyalahgunaan nama menteri dan kementerian.

Menurutnya, surat pertama bertarikh 9 Dis 2018 daripada sebuah syarikat yang memohon sokongan khas daripada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berhubung pembekalan perabot yang dianggarkan mencecah RM3 juta kepada Angkatan Tentera Malaysia.
…..



[ad_2]