[ad_1]
JBPM dalam satu kenyataan hari ini berkata orang ramai yang berhasrat untuk menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya melalui wang tunai, cek dan Pemindahan Dana Elektronik (EFT).
Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Akauntan Negara Malaysia – KPKT- T pada Bank Muamalat Malaysia Berhad, 16010000876715, dengan catatan Wira Merah Adib.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi PPjB Siti Rohani Nadir (Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia di talian 013-2488994 atau 03-88927652.
“JBPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai atas keprihatinan dan penghormatan yang diberikan kepada Allahyarham, ” kata jabatan itu.
Muhammad Adib yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Dis lepas akibat kecederaan semasa respon kepada kes kebakaran kenderaan dalam insiden rusuhan di kawasan Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 Nov lepas.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional
UPKO Tuaran Hormati Keputusan Fairuz Bandar, Ucapkan Selamat Maju Jaya