TAWAU : Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas dikesan cuba menyeludup 500.53 gram dadah jenis syabu yang disorok di dalam bekas termos air panas, pada 29 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis Jasmin Hussin berkata, kejadian kira-kira jam 3.30 petang seorang suspek penganggur berusia 29 tahun warga asing itu dipercayai dalam perjalanan ke Indonesia melalui Jeti Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) lama, Tawau.
Katanya, tangkapan dan rampasan dilakukan anggota Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama sepasukan anggota dari Balai Polis Tawau selepas menerima maklumat dan risikan yang dijalankan di kawasan berkenaan.
“Pihak Polis dari Cawangan Khas bersama sepasukan anggota dari Balai Polis Tawau menerima maklumat dan menjalankan pemeriksaan ke atas barang seorang penumpang yang ingin menuju ke Sungai Aji Kuning melalui Jeti Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) lama.
“Semasa pemeriksaan dibuat, pihak Polis telah menemui satu bekas termos air panas berwarna merah jambu mengandungi paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 500.53 gram dalam sebuah bakul raga yang dipegang suspek semasa ditahan,” katany
Jasmin berkata, hasil soal siasat awal mendapati, dadah yang dibekalkan dari luar Daerah Tawau untuk di bawa ke negara jiran dan sekiranya sampai akan di janjikan sejumlah wang tunai matawang asing.
“Suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
“Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan rangkaian kegiatan pengedaran atau sindiket lain yang terlibat,” jelas Jasmin.
Menurutnya, ibadah puasa di bulan Ramadhan merupakan tanggungjawab bagi setiap umat Islam yang menunaikannya namun tidak akan sesekali menjadi penghalang bagi Polis Daerah Tawau dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat di Daerah Tawau ini sentiasa terjamin. -SABAH NEWS TODAY
More Stories
Tiada faedah alternatif ditawar kepada 165 pesara LPPS yang tuntut hak wang caruman RBS: Kementerian Kewangan
Dua cedera kemalangan dua lori muatan kelapa sawit di Beluran
Lima rumah teres terbakar di Lahad Datu