Tanah runtuh di Penampang korbankan dua mangsa termasuk saturang kanak-kanak 5 tahun

Dua mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dalam kejadian tanah runtuh di kuarters pembinaan kondominium Forest Hill di Penampang, petang tadi.

Jurucakap bomba ketika dihubungi berkata, selain dua mangsa yang meninggal dunia, empat lagi termasuk bayi berusia lapan bulan dan kanak-kanak berusia satu serta tiga tahun terselamat.

Katanya, mangsa yang maut dikenali sebagai Salma Hamid, 25, dan Rosatima Asbirin, 5, manakala mangsa terselamat dikenali sebagai Dayana Zulazmil berusia lapan bulan, Juliana Zulazmil berusia setahun, Norsirah Asbirin, 3, dan Risdah Jabin, 22.

“Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 3.57 petang yang memaklumkan berlaku tanah runtuh di kawasan berkenaan.

“Setibanya di lokasi terdapat dua mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, beberapa kawasan di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang dilanda banjir kilat dan tanah runtuh akibat hujan lebat sejak tengah hari tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *