KOTA KINABALU – Paras air sungai menurun antara 10 hingga 40 peratus selain tanaman padi antara yang paling terkesan susulan kemarau berpanjangan yang berlaku di Sabah ketika ini.
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (Mafi) Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, pihaknya meminta semua jabatan dan agensi di bawah kementeriannya untuk mendapatkan keseluruhan laporan kesan akibat daripada kemarau tersebut.
“Sekarang ini kesan kemarau sudah boleh dilihatlah, sungai pun sudah turun (paras) 10 peratus hingga 40 peratus. Padi antara yang memang terkesan sebab memerlukan air.
“Kita meminta semua jabatan dan agensi dalam Mafi untuk memberi laporan yang terkini. Esok, saya akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sumber Air Negeri Sabah jadi kita boleh tahu sehingga tahap mana kesan kemarau ini kepada ekonomi,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian pada Jumaat.
Sebelum itu, Jeffrey turut diminta mengulas mengenai situasi semasa kesan terhadap pertanian susulan daripada kemarau berpanjangan yang berlaku di Sabah.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, pihaknya juga akan mengenal pasti jenis bantuan diperlukan kepada petani terjejas disebabkan kemarau ini.
“Dari segi pertanian ada daerah-daerah yang terkesan dan kebanyakkannya bergantung dengan sungai.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ