Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim berkata pengumuman sidang Dewan Rakyat yang ditangguhkan sehingga jam 5.15 petang ini kerana terdapat kes positif Covid-19 dikesan di parlimen merupakan helah kerajaan.
“Ini yang saya katakan helah tadi. Padahal, kita boleh saja lakukan saringan tanpa mempersulitkan perjalanan parlimen,” kata Anwar dalam sidang media di Parlimen sebentar tadi.
Terdahulu, Anwar mengadakan sidang media untuk menyatakan pandangan pihaknya berhubung situasi semasa politik negara.
Bagaimanapun ia terhenti sekita apabila pihak prlimen membuat pengumuman bahawa setiap wakil rakyat yang hadir diminta menjalani ujian saringan RTK Antigen (RTK-Ag) dengan kadar segera.

More Stories
Calon UPKO Norfadzlina Ramsah terbaik wakil rakyat baharu DUN Labuk
Tanjung Aru Voters at the Heart of Dennison Indang’s Vision for Change
A strategic discussion in Malaysia’s Sabah