Tiada Integrasi Nasional tanpa Desentralisasi

Dalam tempoh enam tahun dari 31 Ogos 1957 hingga 31 Ogos 1963, empat jajahan British merentasi Laut China Selatan – Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak – secara beransur-ansur memperoleh kemerdekaan mereka dan kemudian bersatu untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

Ini menjadikan tanggal 31 Ogos hari sebagai hari yang istimewa, bukan hanya kerana hari itulah Tanah Melayu dan Sabah memperoleh kemerdekaan masing-masing, tetapi juga kemerdekaan yang telah dikecapi terlebih dahulu dan telah memungkinkan pembentukan Malaysia.

Namun begitu, kemerdekaan Tanah Melayu atau pembentukan Malaysia tidak menghasilkan integrasi nasional sehingga hari ini. Kita tidak mempunyai pemahaman yang mencukup mengenai sejarah kita bersama- sebagai contoh, berapa ramai penduduk bukan Sabah yang tahu hari ini juga merupakan hari kemerdekaan Sabah? – dan ramai juga yang tidak dapat melihat masa depan yang dikongsi bersama di antara wilayah-wilayah di Malaya, Sabah dan Sarawak.

Untuk mengukuhkan Malaysia ke arah kesepaduan di peringkat nasional, baik secara psikologi dan kewilayahan, kita harus mengenali dan menangani halangan utama dengan berani- iaitu pemusatan berlebihan di peringkat Persekutuan Malaya yang telah diwarisi oleh Persekutuan Malaysia, sehingga tidak memberi ruang untuk negeri-negeri menentukan hala tuju, merancang azam sendiri, dan beroleh kejayaan .

Persekutuan Tanah Melayu terlalu terpusat sehingga bidang kuasa kerajaan negeri yang utama hanya tertumpu kepada pengendalian hal berkaitan Islam, kerajaan tempatan dan sumber asli setempat. Fungsi lain seperti Pendidikan, Kesihatan, Pengangkutan, yang diserahkan kepada negeri atau ditadbir bersama oleh kerajaan persekutuan dan negeri di kebanyakan persekutuan dan bahkan negara kesatuan seperti Indonesia, dikendalikan secara berpusat di Malaysia.

Walaupun Sabah dan Sarawak diberi kuasa perundangan tambahan dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, keadaan ini tidak mengubah gambaran keseluruhan pemusatan kuasa.

Pemusatan yang keterlaluan turut terkandung dalam pembangunan ekonomi Sabah dan Sarawak yang terkebelakang meskipun kedua-duanya adalah kaya dengan sumber semula jadi. Sekiranya keperluan utama pemusatan pentadbiran adalah untuk pembangunan yang adil, maka Sabah dan Sarawak nyata jelas telah dipinggirkan.

Sebilangan besar rakyat Sabah dan Sarawak seringkali bertanyakan soalan adakah pembangunan negeri mereka akan lebih maju sekiranya tidak turut serta membentuk Malaysia.

Keadaan ini amat menyedihkan dan tidak ideal untuk Malaysia namun adakah mereka sepatutnya dipersalahkan kerana merasakan wilayah sendiri hanya dipindahkan dari London ke Kuala Lumpur dan bukanlah mengecapi kemerdekaan?

Sekiranya kita tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengubah keadaan semasa, lebih ramai yang akan bertanya soalan sama dan memperoleh jawapan yang lebih pahit untuk ditelan apabila pembangunan ibu kota baharu Indonesia di Kalimantan Timur dilengkapi sepenuhnya menjelang 2025.

Namun, adalah salah untuk kita mempunyai tanggapan bahawa hanya Sabah dan Sarawak menjadi mangsa kepada pentadbiran yang terlalu berpusat dan seterusnya menghukum 11 negeri-negeri Malaya sebagai satu blok yang ingin menguasai wilayah Borneo.

Sekiranya Sabah dan Sarawak sendiri dapat merasakan keperitan apabila sayap sendiri diikat, kerana dinafikan peluang untuk berkembang meskipun memilik potensi besar, sudah tentu negeri-negeri Malaya dengan kekuatan yang lebih rendah pasti merasa lebih terkongkong.

Pandemik yang membinasakan telah memberi gambaran jelas bagaimana desentralisasi berlebihan adalah berbahaya. Di Sabah, hanya empat dari 10 orang dewasa telah di vaksin. Ramai penduduk Sabah, terutamanya mereka yang berada di kawasan pedalaman, telah keciciran tanpa sebab yang jelas. Beberapa minggu yang lalu di Selangor, pertambahan jumlah pesakit Covid-19 yang terlalu ramai menyebabkan beberapa pesakit terpaksa duduk di lantai dan bilik mayat turut penuh.

Mengapa kesemua negeri tidak diberikan peranan yang lebih besar dalam pengurusan penjagaan kesihatan (iaitu bidang kuasa penuh Persekutuan dalam Jadual Sembilan) untuk meningkatkan proses vaksinasi atau membina hospital modular?

Kita tidak dapat meraikan kemerdekaan wilayah sebagai permulaan kepada lahirnya persekutuan tanpa melihat kepada kekurangan dan kelemahannya. Kita seharusnya menggembleng seluruh tenaga dan usaha untuk menamatkan desentralisasi berlebihan ini sebelum tanggal 31 Ogos yang seterusnya.

Untuk memastikan matlamat ini akan dapat tercapai, saya menyeru rakyat Sabah dan Sarawak untuk melihat melalu perspektif yang lebih tinggi terhadap negeri-negeri Malaya.

Walaupun Sabah dan Sarawak mesti diletakkan kedudukannya sebagai wilayah yang setaraf dengan keseluruhan Tanah Melayu, dengan lebih banyak kuasa daripada setiap 11 negeri tersebut, kita perlu tegas dalam memastikan kesemuanya turut berada di meja rundingan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kepentingan terbaik untuk Sabah dan Sarawak diambil kira, bukan dengan merendahkan kedudukan kesemua 11 negeri-negeri Malaya supaya kita di kedudukan lebih atas, juga bukan dengan sikap tidak peduli terhadap keperluan mereka terutamanya apabila semakin ramai penduduk Sabah dan Sarawak yang tinggal di Malaya.

Kepentingan terbaik bagi Sabah dan Sarawak akan tercapai dengan memastikan kesemua negeri tersebut turut sama di perkasa dan memperoleh manfaat yang lebih daripada sedia ada, dengan menjadikan kesemua 11 negeri sebagai rakan seperjuangan dan bukan hanya sekadar mengikut telunjuk  Putrajaya, dan juga tidak lagi mengecualikan negeri-negeri Malaya yang mempunyai nisbah lima daripada enam pengundi nasional dalam perbincangan berkaitan MA63 dan Federalisme kerana lima pengundi nasional mengenai.

Saya menyeru Datuk Seri Ismail Sabri untuk menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan 2.0 (IGC2) melibatkan wakil-wakil Kerajaan Persekutuan dan semua 13 kerajaan negeri untuk menghasilkan pakej MA63 + yang bukan sahaja akan melaksana dan merealisasi janji-janji MA63 dengan amanah, dan juga mengambil lebih banyak langkah seperti pembahagian hasil cukai pendapatan yang tidak termaktub dalam MA63.

Untuk memerangi pandemik ini, saya ingin menegaskan semula cadangan untuk penubuhan Majlis Negara-Persekutuan (FSC) mengenai Pemulihan Ekonomi dan Kesihatan yang menggabungkan fungsi semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengawal selia SOP pandemik dan Majlis Pemulihan Nasional (MPN) yang memperincikan langkah pemulihan ekonomi.

Walaupun semua Ketua Menteri/ Menteri Besar menghadiri mesyuarat MKN, hanya CM Sabah dan Sarawak yang dijemput untuk menyertai MPN. Memiliki dua institusi berasingan untuk membuat keputusan yang saling berkait rapat adalah tidak perlu.

Saya juga ingin menggesa PM mempertimbangkan secara serius akan penubuhan FSC, sebuah badan pembuat keputusan tiga pihak yang dipengerusikan oleh PM, dengan Ketua Pembangkang Parlimen sebagai timbalan pengerusi, Ketua Menteri Sabah dan Sarawak sebagai naib pengerusi, dan merangkumi menteri-menteri utama, ahli parlimen kanan pembangkang dan semua 13 Ketua Menteri/Menteri Besar.

Ini adalah peraturan bersama yang bukan sahaja dapat membantu kerajaan baru untuk memerintah dengan lebih baik, tetapi juga untuk mengukuhkan Malaysia. Saya telah mengemukakan usul penubuhan FSC dalam sesi parlimen September yang akan datang dan saya berharap Yang di-Pertua Speaker Dewan Rakyat akan membenarkan usul tersebut untuk dibahaskan.

Akhirnya, saya mengalu-alukan komitmen Menteri Undang-undang Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk pembaharuan parlimen dan MA63, dan berharap beliau akan meningkatkan jumlah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC), bermula dengan PSSC mengenai Federalisme dan Desentralisasi untuk membayangi Portfolio Jabatan PM mengenai hal ehwal Sabah dan Sarawak.

Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk turut sama menyokong desentralisasi, bukan hanya untuk membolehkan semua Negeri dan Wilayah Persekutuan berkembang berdasarkan potensi sedia ada, tetapi juga untuk memperbaiki integrasi nasional dengan mengurangkan rasa tidak puas hati akibat pemusatan secara keterlaluan dan ketidakseimbangan wilayah.

Sekiranya kita dapat mengambil beberapa langkah berani dalam tempoh 12 bulan akan datang, itu adalah hadiah kepada Persekutuan kita yang tercinta menjelang Hari Kemerdekaan yang akan datang.

Penulis merupakan Presiden UPKO dan Ahli Parlimen Tuaran.