TIADA SATU PARTI YANG HARUS BERTANDING LEBIH 50% KERUSI

Oleh Wartawan Berita Sabah

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) mencadangkan agar gabungan parti pembangkang di Sabah harus meniru formula yang digunapakai oleh Pakatan Harapan di semenanjung bagi satu-satu pakatan parti politik yang terdiri daripada lebih 3 parti.
Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, presiden PCS, berkata di bawah konsep PH, tiada satu parti yang diberikan lebih 50% daripada jumlah kerusi parlimen yang akan ditandinginya.
Beliau berkata, tidak ada satu parti politik yang mesti bertanding lebih daripada 50% daripada kerusi DUN di Sabah memandangkankemungkinan gabungan lebih daripada empat parti politik pembangkang di Sabah dapat dibentuk.
Bercakap selepas mesyuarat majlis tertinggi PCS di sini baru-baru ini, Bumburing berkata sementara semua parti pembangkangtelah menerima-pakai satu konsep parti politik berbilang kaum, namun mereka harus mengambilkira bahawa para pengundi padaumumnya ketika membuang undi masih berpaksi kepada politik yang berasaskan kaum.
“Para pengundi masih cenderung untuk memberikan suara mereka melalui kertas undi mengikut garis perkauman. Oleh itu, adalahdisyorkan bahawa parti politik akan memilih kawasan kerusi yang mereka tandingi dengan menggunakan perspektif yang sama,” katanya.
Pada mesyauarat ahli majlis tertinggi PCS itu, barisan pemimpin tertinggi parti telah bersetuju sebulat suara untuk memberikan kuasa penuh kepada Wilfred Bumburing untuk mengadakan perundingandengan Parti Warisan Sabah, PH atau mana-mana parti politik yang sehaluan dengan PCS ke arah membentuk satu pakatan politik untuk mendepani pilihan raya umum ke-14 nanti dan memastikan satuformula yang boleh membawa kemenangan ketika berhadapan dengan BN.