Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu United (UPKO) telah memulakan Persidangan Konvensyen Nasional UPKO 2023 pada 09 September 2023 bertempat di Dewan Masyarakat Menggatal, Sabah dengan bertemakan ‘Membina UPKO’.
Pada masa yang sama, sesi Townhall UPKO 2023 juga telah diadakan sebagai salah satu plaform untuk para pemimpin pergerakan berinteraksi terus dengan Presiden UPKO berkenaan perkembangan politik semasa, pemerkasaan parti dan perjuangan rakyat.
Sesi dialog kepemimpinan tersebut disertai oleh Ahli Majlis Tertinggi, Exco Pergerakan Wanita, Exco Pergerakan Pemuda, Exco Generasi Muda dan Pegawai Penerangan daripada setiap Bahagian UPKO.
Menurut Ketua Penerangan UPKO, Dr Peter Jr Naintin, menjelang PRN2025, Presiden UPKO mengambil pendekatan untuk meneruskan jelajah ke setiap bahagian dengan menganjurkan Mini Konvensyen UPKO Zon-Zon di sepanjang tahun 2023-2025.
“Siri Konvesyen UPKO ini telah diselaraskan kepada 10 zon utama yang terdiri daripada 9 zon di Sabah dan 1 zon di Perak.
“Pada suku ke-4 tahun 2023, UPKO telah berjaya menjalankan konvensyen di Zon A, C dan D.
“Penganjuran Zon D telah diadakan pada 15 Oktober 2023 oleh UPKO Bahagian Papar, Kimanis dan Beaufort bertempat di Dewan Serbaguna Kg Biau, Papar,” katanya.
Manakala, Penganjuran Zon C dan A telah diadakan masing-masing di Penampang dan Kota Marudu pada 12 dan 13 November 2023 yang lalu. Semasa Konvensyen Zon C (Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Zon A (Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud), UPKO telah membuat beberapa cadangan termasuk kawasan yang berpotensi untuk PRN2025.
Peter berkata, pada suku pertama tahun 2024, Konvesyen Zon E telah diadakan di Sipitang pada 03 Februari 2024 di atas anjuran bersama UPKO Bahagian Sipitang dan Labuan.
“Seterusnya, Konvensyen Zon J termasuk UPKO Bahagian Tanjung Malim, Tapah, Gopeng, dan Parit telah diadakan pada 05 April di Eco Jerawok, Slim River, Perak.
“Dapatan daripada setiap siri konvensyen zon ini akan dijadikan wadah perjuangan UPKO dalam mengangkat suara akar umbi di peringkat Konvensyen Nasional 2024 yang dijangkakan akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Majlis Presiden Pakatan Harapan Nasional pada 10 Ogos 2024,” tambah beliau.
Dalam kesempatan ini, kepimpinan tertinggi UPKO menjemput ahli-ahli UPKO yang berdekatan untuk hadir di Konvensyen Zon B bagi UPKO Bahagian Tuaran dan Sepanggar yang akan diadakan di Dewan Masyarakat Kiulu pada 21 April 2024 bermula jam12 tengahari.
“Sebagai maklumat tambahan, terdapat empat zon lagi yang akan mengadakan mini konvensyen sepanjang tahun 2024,” ujar Peter lagi.
More Stories
STAR, PBS dijangka tandatangani MoU Khamis ini
Saya masih Pengerusi PKR Sabah yang sah – Sangkar Rasam
Ratusan ahli Bersatu dijangka sertai PKR, kata sumber