Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean (kiri) diiringi Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew (kanan) dipintu perlepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu setelah selesai mengadakan lawatan kerja ke negeri Sabah bermula Jumaat lalu. Teo bersama para delegasi menaiki penerbangan komersial Malindo Air pada jam 9.15 pagi. – Foto: Bernama
KOTA KINABALU- (9 Sept) Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean berlepas pulang ke Singapura hari ini selepas mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Kota Kinabalu, Sabah.
Chee Hean dan isteri Chew Poh Yim bersama delegasi berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menerusi penerbangan komersial Malindo Air pada pukul 9.15 pagi ini.
Dalam lawatan kerja tiga hari itu, Chee Hean menghadiri sesi taklimat berhubung industri pelancongan Sabah oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah selain beliau turut diraikan pada jamuan malam negeri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Chee Hean turut mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin serta melawat Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Sepanggar.
Pada lawatan itu, Chee Hean turut mengadakan perbincangan bersama Mohd Shafie bagi memperkukuh lagi hubungan dua hala antara Singapura dan Sabah termasuk dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan khususnya sektor pelancongan, pendidikan teknikal dan vokasional serta pembangunan hartanah.
— Bernama

More Stories
Cuaca Sejuk dan Berangin Tidak Halang Sekumpulan Pendaki Tawan Gunung Kinabalu
RM71.3 bilion pendapatan dalam sektor pelancongan pada tahun 2023
Pelancongan luar bandar dijangka terus melonjak tahun hadapan