KUALA LUMPUR: Kawasan Parlimen Tuaran bakal memiliki dua buah sekolah baharu iaitu Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional dan Sekolah Seni Malaysia.
Timbalan Menteri Menteri Pendidikan Malaysia, Wong Kah Woh berkata, Tuaran juga akan memiliki sebuah Pusat Permata Kurnia baharu iaitu sebuah pusat intervensi awal yang menyediakan pendidikan berkualiti bagi kanak-kanak autisme berumur 2 hingga 6 tahun.
“Dengan penubuhan sekolah – sekolah dan pusat pendidikan ini, boleh dikatakan Tuaran akan menjadi sebuah hab pendidikan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Panglima Wilfred Madius (UPKO – Tuaran), pada Sesi Kamar Khas Persidangan Parlimen Dewan Rakyat di sini, pada Khamis.
Dalam soalannya, Madius meminta penjelasan status pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Nabalu dan SMK Laya-laya.
“Kita telah mendengar pengumuman peruntukan pembinaan Sekolah Menengah Bekerpeluan Khas di Tuaran semasa Pembentangan Bajet 2025, namun kita tidak mendengar perkembangan mengenai dua buah sekolah ini.
“Sebagai contoh sekiranya SMK Nabalu dapat dipercepatkan, ia mampu menampung kesesakan murid di SMK Tamparuli yang kini berjumlah 2,123 orang,” ujar Madius.
Kah Woh memberitahu, SMK Nabalu dan SMK Laya-laya masih di peringkat pra-bina seperti mana yang telah dijelaskan kepada Presiden Kehormat UPKO itu pada Persidangan Dewan Rakyat tahun lalu.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ