Tujuh sekeluarga kehilangan tempat tinggal selepas kediaman mereka di Jalan Magatang-Kampung Luanti Baru di sini musnah terbakar.
Menurut Utusan Borneo, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Sharudy Delamin memaklumkan, kejadian berlaku jam 9.29 malam kelmarin.
“Sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, kita menggegaskan 10 anggota bersama tiga jentera BBP Keningau ke lokasi.
“Kejadian membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal dan pasukan bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan sumber air jentera serta sumber air terbuka iaitu daripada sungai berhampiran,” katanya.
Menurutnya kejadian dapat dikawal jam 10.47 malam daripada terus merebak ke rumah berhampiran.
“Kejadian memusnahkan 90 peratus bahagian rumah mangsa bagaimanapun tiada kemalangan jiwa di laporkan dalam kes ini manakala jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.
“Operasi ditamatkan 15 minit kemudian selepas pihak bomba memastikan tiada undur bahaya lain di lokasi,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ