Seorang ketua keluarga berhadapan detik cemas selepas melihat seekor ular tedung yang masuk di dalam dan menjalar di pejabat rumahnya di Kampung Tambulion di sini semalam.
Ketua Operasi Koperal (PA) Samah Ahmad berkata lelaki berumur 35 tahun itu kemudiannya menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan lanjut.
“Bertindak dengan panggilan, kita menggerakkan empat anggota lain-lain pangkat ke kediaman pengadu untuk operasi menangkap ular terbabit.
“Sebaik tiba, skuad bertugas melakukan pemeriksaan dan mengesan ular tedung hitam bersembunyi di sebalik dinding rak buku di rumah pengadu,” katanya.
Menurutnya ular tedung hitam sepanjang satu meter dengan berat 0.8 kilogram itu berjaya ditangkap menggunakan penyepit.
Tambahnya ular terbabit akan diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya. – Utusan Borneo

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad