Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan menganjurkan webinar sambutan Hari Orang Asal Sedunia pada 8 Ogos ini.
Webinar tersebut akan disiarkan secara langsung melalui laman facebook UPKO Malaysia bermula pukul 8.00 malam.
Bertemakan Forum Perjuangan Orang Asal, webinar berkenaan akan menampilkan enam ahli panel termasuk Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang akan menyampaikan ucap tama pembukaan dan membicarakan topik Penerapan Resolusi UNDRIP dalam Dasar-dasar Kerajaan.
Datuk Suki Mee seorang Pemimpin Orang Asli akan mengupas mengenai Perjuangan Hak, Pencapaian dan Cabaran Orang Asli.
Peguam, Nelson W. Angang pula akan membentangkan mengenai Perundangan Mahkamah Anak Negeri dan Perjuangan Hak Adat Bumiputera (NCR).
Sementara itu Dr. Benedick Topin akan membincangkan mengenai Memulihara Adat Istiadat Sogit, manakala Dr. Paul Porodong akan menghuraikan tentang topik Memartabatkan Eksistensi Etnik-etnik di Sabah.
Satu-satunya ahli panel wanita iaitu, Anne Antah akan membicarakan tentang Usaha Mengangkat serta Memartabat Corak-corak Tradisi Sabah pada Busana.
Webinar akan dihoskan Setiausaha Penganjur UPKO, Drs. Monih Epin.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ