Keutuhan Upko Bahagian Beaufort semakin kukuh dan jelas terserlah apabila 500 ahli Upko yang baru menyerahkan borang penyertaan Parti Upko pada majlis MAT 2018 hari ini.
Beaufort: Pemangku Presiden Upko Nasional YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau meneruskan pelayanan bertali arus ke kawasan P.177 Beaufort dengan menghadiri dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan Upko Bahagian Beaufort 2018 pada hari ini bertempat di Dewan Dato’ Shahbandar Makang, Kuala Penyu.
Rombongan YB DSP turut disertai oleh Tan Sri Winces Angang selaku Naib Presiden Upko Nasional, Datin Seri Dr Jaina Sintian selaku Ketua Wanita Upko Nasional, KB Upko Beluran Tuan Felix Joseph Saang, KB Upko Papar Tuan Gilbert Syam, KB Upko Kimanis Tuan Lawrence Odong, KB Upko Silam Tuan Basari Sarkun, KB Upko Sipitang Datuk Pengiran Lalung, Pemangku Ketua Pemuda Upko Pusat Tuan Kennedy Datuk John selaku Pemantau MAT Bahagian Beaufort dan Pegawai-Pegawai bertugas.
YB Datuk Limus Jury kekal sebagai Ketua Bahagian Upko Beaufort.
Datuk Limus dalam ucapannya menyatakan sokongan penuh supaya jawatan Presiden Upko Nasional tidak dipertandingkan justeru menyokong YB DSP Wilfred Madius Tangau sebagai Presiden Upko.
Datuk Limus juga turut menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Naib Presiden Upko Nasional.
Keutuhan Upko Bahagian Beaufort semakin kukuh dan jelas terserlah apabila 500 ahli Upko yang baru menyerahkan borang penyertaan Parti Upko pada majlis MAT 2018 ini.

More Stories
Calon UPKO Norfadzlina Ramsah terbaik wakil rakyat baharu DUN Labuk
Tanjung Aru Voters at the Heart of Dennison Indang’s Vision for Change
A strategic discussion in Malaysia’s Sabah