Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menghantar sumbangan barangan keperluan ke Dewan Gereja di Kampung Sugud, Penampang untuk membantu meringankan beban mangsa banjir yang terkesan di kampung itu.
Rombongan UPKO diketuai oleh Datuk Jaina Sintian, Datuk Wong Thien Fook dan Carl Mosoom serta dibantu oleh pemangku Ketua Pemuda UPKO Penampang, Alexvern Thomas.
Pelbagai jenis bantuan makanan disampaikan antaranya beras, minuman air mineral dan barangan makanan kering.

Timbalan Ketua Bahagian UPKO Penampang Carl berkata, bagi pihak UPKO Penampang dan Warga Kg. Sugud khususnya mangsa banjir Ketua-ketua Cawangan dan Ahli UPKO ingin merakamkan setinggi penghargaan Kepada UPKO Tuaran dan Sepanggar atas sokongan.
“Disebalik penat dan kesedihan yang kami alami sepanjang banjir serba sedikit memberi semangat untuk kami meneruskan hidup serba norma,” katanya.
Manakala pemangku Ketua Pemuda UPKO Penampang, Alexvern berkata kerjasama yang terjalin antara bahagian UPKO yang lain adalah begitu erat sekali bagaikan isi dan kuku.
“UPKO Penampang khususnya pergerakan pemuda menzahirkan rasa berterima kasih yang tidak terhingga diatas bantuan berupa barang keperluan makanan dan juga pakaian yang disumbangkan oleh UPKO Tuaran dan Sepanggar.
“Bantuan ini sangat diperlukan oleh penduduk yang terjejas dengan bencana banjir besar yang melanda kg sugud yang turut mengakibat kerosakan harta benda yang begitu serius sehingga ada di kalangan penduduk hilang tempat tinggal,” katanya.

Selain itu, penyerahan bantuan mineral water kepada Sk St Theresa Inobong yang diwakili oleh Encik Alban Mansali selaku Naib Ketua Bahagian Upko Penampang turut diadakan.
Sekolah tersebut dikatakan terputus bekalan air ekoran banjir yang melanda sebelum ini.
“UPKO penampang akan terus berusaha dengan gigih agar terus relevan dalam pelayanan perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat penampang dalam apa juga keadaan dan kapasiti,” kata Alexvern. – Nabalu News

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ