Oleh Wartawan BS
TUARAN: Menjelang sambutan Tahun Baru Cina (CNY) 2020 yang bakal menjelma Sabtu ini, UPKO Bahagian Tuaran telah mengadakan program ‘walkabout’ di sekitar Tamparuli dan Tenghilan, dekat sini, hari ini.

Program berkenaan disertai pemimpin-pemimpin UPKO Bahagian Tuaran dengan diketuai sendiri oleh Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang juga Ketua Bahagian parti itu di Tuaran.
Selain itu, wakil parti-parti kerajaan termasuk dari Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Tindakan Demokratik (DAP) turut sama-sama menyertai program itu.
Selepas Tamparuli dan Tenghilan, program berkenaan akan diadakan pula di pekan Tuaran sepanjang hari esok.

Sepanjang ‘walkabout’ berkenaan, di samping mengucapkan selamat tahun baru cina dan menyampaikan kalendar, Madius bukan saja berpeluang beramah mesra dengan penduduk Tamparuli dan Tenghilan, malah sempat mendengar keluhan rakyat di kawasan itu.

Program itu juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran dua ‘singa’ yang mengiringi Madius serta pemimpin-pemimpin UPKO Bahagian Tuaran.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Kelab Anak Muda Pekan Tuaran dengan kerjasama Komulakan UPKO Tuaran bakal mengadakan program Gunting Rambut Percuma sempena CNY 2020.

Program yang akan diadakan di kedai Sedco pekan Tuaran itu dibuka kepada orang ramai khususnya penduduk di sini, bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ