UPKO turun bantu PH di Melaka

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Madius Tangau turut bersama beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) di Melaka sempena pilihan raya negeri (PRN) Kota Bandaraya bersejarah itu.

Melalui perkongsian video di facebooknya hari ini, beliau melawat beberapa kawasan termasuk di perkampungan Portugis di Ujung Pasir Melaka.

Presiden Parti Amanah Mohamad Sabu (kiri) dan Madius (kanan)

Dalam muat naik video itu beliau memaklumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) PRN Melaka menggariskan beberapa larangan, antaranya penganjuran ceramah, syarahan, kempen secara fizikal, ziarah rumah ke rumah dan ‘walkabout’ adalah tidak dibenarkan.

Sementara itu Ketua Penerangan UPKO, Joisin Romut ketika dihubungi berkata, SOP adalah sangat ketat dan kempen hanya diadakan melalui media sosial.

“Ia bagi mengelakkan berlakunya penularan pandemik Covid-19.

“Dari perhatian kasar, persaingan agak sengit, namun Pakatan Harapan dilihat mempunyai peluang yang cerah,” katanya.

Madius (tengah) menerima buku tentang masyarakat Portugis di Melaka

Antara rombongan UPKO yang hadir termasuklah Naib Presiden, Datuk Wong Thien Fook dan Timbalan Setiausaha Agung UPKO, Fairuz Bandar.