PENAMPANG: Seorang wanita ditemukan meninggal dunia di kenderaannya dalam kejadian di kawasan parkir sebuah pusat membeli belah di daerah ini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia oleh sepasukan anggota perubatan sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, sebaik menerima maklumat orang awam, pihaknya kemudian melakukan pemeriksaan ke lokasi tersebut sebelum menemukan mangsa yang dipercayai tidak sedarkan diri.
“Hasil pemeriksaan di lokasi, kita dapati mangsa, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk pemandu kenderaannya.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan telah dibawa ke HQE untuk proses bedah siasat.
“Polis turut megesahkan bahawa tiada sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut, ” katanya.
Beliau dalam pada itu menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan gambar mangsa dan maklumat tidak sahih untuk mengelakkan sebarang kekeliruan awam.
Deasoka

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ