TAWAU : Polis menahan cubaan seorang lelaki bersama dua wanita memboloskan diri ke negara jiran selepas dikesan menjadi perantaraan menyeludup dadah ke negara jiran di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kejadian kira-kira jam 10.00 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau sedang membuat risikan dan pemerhatian atas maklumat dadah.


Katanya, semasa pemerhatian dibuat, polis melihat suspek seorang lelaki bersama dua wanita masuk ke sebuah kenderaan jenis 4×4 yang sedang parkir di kawasan letak kereta di kawasan berhampiran.
“Pihak Polis seterusnya menahan ketiga-tiga suspek tersebut selepas memperkenalkan diri ketika kesemua suspek berada di dalam kenderaan tersebut.
“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut polis menemuo empat paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 201.58 gram dengan anggran nilai berjumlah RM12,094.80 disimpan di dalam tempat letak lengan di dalam kenderaan tersebut.,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Jasmin berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki tersebut positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine manakala kedua-dua suspek wanita itu negatif dadah.
“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes ini akan di siasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh memperuntukkan hukuman mati mandatori.
“Pihak polis memandang serius berkaitan jenayah dadah di daerah ini dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut prosedur undang-undang sedia ada,” jelas Jasmin. -SABAH NEWS TODAY

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ